Quantcast
Channel: Wanita – BACA VIRAL
Viewing all 78 articles
Browse latest View live

Ibu Bapa WAJIB Baca Kisah VIRAL…“Abah.. Tengok Tu Depa Guna Stroller MURAH” !!!

$
0
0

Ibu Bapa WAJIB Baca Kisah VIRAL… “Abah.. Tengok Tu Depa Guna Stroller MURAH” !!! | Nilai yang nampak kecil di mata orang dewasa tetapi memberi impak besar dalam kehidupan anak kecil. Ketika pulang ke Malaysia, saya membawa anak-anak berjalan-jalan menaiki tandem pushchair yang biasa kami gunakan di London. Seorang budak lelaki lingkungan usia 5-6 tahun berkata kepada ayahnya. “Papa tengok tu stroller dia 2 tingkat”. Bapanya hanya mengerling sekilas. Anak kecil itu kemudian menyambung bertanya, “Mana lagi mahal papa, kita punya ke dia punya?”. Si bapa menjawab “Kita punya lagi mahal”. Anaknya menambah “Kan, dia punya tu local je tu”. Saya hanya mampu menggeleng.

1

Semasa saya kecil, pernah ada saudara yang lagi muda daripada saya bertanya begini, sewaktu hari raya, ” Gelang yang Kak Farah pakai ni emas gred A ke zhullian. Ibu saya kata kalau zhullian tak bagus”. Waktu itu saya darjah dua. Soalan seperti itu bukan dalam tahap jangkauan pemikiran saya lagi tapi boleh tercapai akalmu oleh saudara saya yang lebih muda. Sadis bukan?

Pada hari raya lalu, seorang budak bertanya kepada Aqeef, “Wah awak duduk London, pernah naik Lamborghini tak. Kalau naik Ferrari pun ok tapi Ferrari murah sikit. Audi yang paling murah tapi Audi lagi bagus daripada proton. Ayah saya bawak kereta begini”. Aqeef terdiam dan terus melarikan diri. Pertama kerana Aqeef waktu itu tidak fasih dan kurang faham bahasa Melayu. Kedua kerana kami memang tidak pernah mengajar anak-anak tentang jenama, baik kereta, baju, tempat makan dan sebagainya. Aqeef tidak pernah merasa teruja melihat kereta mewah yang menjalar atas jalan raya di London kerana dia tidak pernah tahu berapa harga kereta berjenis begini begitu, mana lebih laju mana lebih mewah dan sebagainya.

Persoalan saya, nilai apa yang mahu kita semat dalam diri anak-anak kita? Wajarkah anak-anak yang masih hijau usianya dibiarkan membanding-bandingkan harta benda harga dan jenama serta paras rupa fizikal. Perkara membanding-bandingkan ini tidaklah nampak besar di mata kita orang dewasa sepertimana nilai-nilai utama lainnya – hormati orang tua, jangan membazir, jangan bunuh orang, tapi bagi anak kecil, nilai sebegini memberi impak besar dalam hidup mereka kelak.

Mungkin hari ini mereka menilik stroller siapa lebih mahal, pengalaman menaiki supercar mewah mengikut harga pasaran dan gelang emas tulen atau saduran seperti yang dipakai oleh ibunya, di kemudian hari mereka akan mula membincangkan ibu siapa berkerjaya, pangkat bapa siapa paling besar, kereta keluarga siapa paling mahal, dan lebih teruk mereka mungkin akan mula memperkatakan tentang ketidakupayaan rakan lain, mulai belajar menyisihkan rakan yang kurang bernasib baik atau kurang berkemampuan, hanya mahu berkawan dengan orang yang mempunyai standard tertentu, anak-anak orang berkerjaya sekian-sekian, atau pelajar cemerlang yang dapat markah 100% semua subjek. Mereka akan membesar dengan memiliki hati yang tidak perlu kepada rasa empati dan kemanusiaan.

Kita boleh tengok masalah seperti ini dalam sinetron Indonesia misalnya yang anak-anak sekolah rendahnya sudah pandai mengejek rakan satu kelas yang tempang kaki atau compang camping pakaiannya, anak-anak sekolah menengah atasnya baru berusia belasan tahun sudah bergaya dengan kereta mewah ke sekolah, memulaukan anak penjual bakso. Ataupun dalam cerita Hollywood bila gadis berbadan cantik dari kumpulan sorak bersama dengan pelajar lelaki sasa pemain football bersatu hati membuli gadis gemuk dan jejaka autistic sehingga mengakibatkan tekanan dalam diri mangsa buli dan menimbulkan keinginan bunuh diri atau melakukan pembunuhan beramai-ramai (massacre) kerana rasa tidak puas hati dibuli dan dipulau.

Apabila anak yang semasa kecilnya tidak dibendung atau memang dengan sengaja diajar membanding-bandingkan harta, harga dan jenama, rupa paras, taraf hidup ini meningkat dewasa, masalah membanding-banding akan berlarutan menjadi masalah lain pula. Mereka akan mula membandingkan diri dengan orang lain, melahirkan rasa tidak berkecukupan dan payah untuk bersyukur dengan apa yang dimiliki serta sanggup berbuat sesuatu melebihi kemampuan diri seperti berhutang keliling pinggang, rasuah, pecah amanah untuk membeli barangan mewah, atau menjalani pembedahan plastik tahap ekstrem untuk kelihatan cantik demi memastikan dia juga mampu melakukan atau memiliki apa yang orang lain ada. Ia dipanggil persaingan tidak sihat.

Anak-anak kecil kita, terlalu muda untuk dibebankan dengan agenda membandingkan perkara-perkara yang tidak perlu, untuk hidup dibelenggu jenama dan harga serta keinginan untuk tampil cantik bergaya secara keterlaluan dan melulu buta. Jangan biarkan kebiasaan dari kecil merosakkan persepsi dan pegangan hidup mereka apabila dewasa. – Norfaradina via THEHYEPMEDIA.

P.S. 1 – Inilah 5 MESEJ RAHSIA Dalam Filem 3 ABDUL Karya P Ramlee Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – 1001 Kebenaran Kes Memali Dan Kisah Hitam Tun Mahathir Yang Ramai Tidak Tahu !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – PUNCA UTAMA Kenapa Wanita Mengandung Anak Luar Nikah SENANG BERSALIN Kini DIDEDAHKAN !!!

The post Ibu Bapa WAJIB Baca Kisah VIRAL… “Abah.. Tengok Tu Depa Guna Stroller MURAH” !!! appeared first on BACA VIRAL.

Ekoran Tunku Aminah DIKUTUK TERUK Oleh Netizen, Inilah REPLY Tunku Idris Yang Buat Ramai TERDIAM !!!

$
0
0

Ekoran Tunku Aminah DIKUTUK TERUK Oleh Netizen, Inilah REPLY Tunku Idris Yang Buat Ramai TERDIAM !!! | Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris ibni Sultan Ibrahim menggunakan media sosial bagi mempertahankan pakaian adik perempuannya. Menerusi akaun Instagram miliknya, putera Johor itu memuat naik gambar adiknya, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah berpakaian baju kurung biru cair dengan rambutnya diikat.

1

“Apabila saya melihat komen mengenai adik saya yang tidak memakai tudung, ia sangat mengecewakan,” kata Tunku Idris. Beliau juga menyatakan bahawa adiknya itu menunaikan solat lebih banyak berbanding mereka yang mengenakan tudung.

Tunku Idris juga memberitahu bahawa Tunku Aminah memakai selendang ketika menghadiri semua acara keagamaan. “Adakah itu tidak cukup baik? Bukankah ia antara dia dan Allah?” soal Tunku Idris.

Tegas Tunku Idris lagi, masyarakat hari ini lupa bahawa orang Melayu bukannya bangsa Arab dan berpakaian seperti kaum itu tidak menjadikan seseorang itu lebih kuat pegangan agamanya.

Katanya selain menjadi pakaian agama, hijab adalah pakaian budaya bagi orang-orang Arab kerana ia melindungi pemakainya daripada panas atau ribut pasir. “

tunku aminah baca quran solat

Ada orang alim pernah memberitahu saya, anda memakai tudung apabila anda benar-benar cantik atau benar-benar hodoh hingga boleh menyebabkan gangguan kepada orang lain. Jadi ia membuatkan saya tertanya-tanya – siapalah kita untuk menghakimi,” kata Tunku Idris. KREDIT MSTAR.

P.S. 1 – Inilah 5 MESEJ RAHSIA Dalam Filem 3 ABDUL Karya P Ramlee Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – 1001 Kebenaran Kes Memali Dan Kisah Hitam Tun Mahathir Yang Ramai Tidak Tahu !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – PUNCA UTAMA Kenapa Wanita Mengandung Anak Luar Nikah SENANG BERSALIN Kini DIDEDAHKAN !!!

The post Ekoran Tunku Aminah DIKUTUK TERUK Oleh Netizen, Inilah REPLY Tunku Idris Yang Buat Ramai TERDIAM !!! appeared first on BACA VIRAL.

2 Gadis VIRAL Tolong Bapa Naik Bata, Plaster Dinding, Pasang Mozek Dengan CEKAP !!!

$
0
0

2 Gadis VIRAL Tolong Bapa Naik Bata, Plaster Dinding, Pasang Mozek Dengan CEKAP !!! | Korang masih ingat kisah anak gadis yang pandai repair sofa beberapa bulan lalu? Nah, ni lagi hebat bila dua anak gadis ini dah cekap buat kerja-kerja kontraktor yang seringkali dimonopoli kaum lelaki.

1

Seperti yang diceritakan oleh Azimart Burger Perang, dua gadis ini pada mulanya menolong bapanya namun kemudian jatuh minat terhadap pekerjaan yang dilakukan mereka.

Bapa dia orang paksa ke?

2

Seusai solah jumaat tadi..saya bergerak ke kedai makan untuk mengisi perut yang kosong seperti kelazimannya.Saya singgah sebentar dikedai kawan saya melihat pengubahsuaian yang ia lakukan.Pada permulaannya seperti biasa dari jauh melihat pekerja yang membuat pengubahsuaian tersebut..Mata saya tertangkap pada susuk tubuh wanita yang sedang mengangkut mozek untuk dibasuh,dan seorang lagi sedang membancuh simen untuk memasang mozek yang telah siap dibasuh tadi..

Uih..biar betul perempuan yang buat mozek? anak dara lagi tu..ishhh..

Bapa dia orang paksa ke? Hati berbelah bagi untuk pergi bertanya..bila terfikir dari timbul benda tak betul baik saya pergi bertanya sendiri.. Salam diberi dan sambut dengan baik.Rajinya adik buat kerja nih..baguih lah tolong ayah..Ayah mana?mereka serentak menunjuk ayah mereka..

Dari dulu lagi suka tolong saya…

3

“Anak abg rajinnuh..payah nak jumpa budak pompuan buat kerja nih bancuh simen,pasang mozek semua nih?”

Depa memang..dari dulu lagi suka tolong saya.suruh duduk rumah depa nak ikut jugak..yang sulong tu bukan belajar tak pandai. Dapat pergi belajar tapi tak mahu sebab nak belajar benda ini,niat dia nak ambil lesen kontraktor..

Baguslah macam tu..niat dah elok lepas nih boleh pergi kursus untuk ambil lesen,

Yang itulah dia punya cita cita. Kakak yang sulong tu alhamdulilah..setakat bina dinding(naik bata) pasang mozek, plaster dinding memang depa cukup cekap lah..kadang kadang saya ‘lepaskan” terus kerja tersebut dekat mereka buat.

Wah!! dah cekap dah mereka berdua yer..macam macam boleh buat,untunglah abg walaupun anak perempuan dia boleh buat kerja macam lelaki.Susah nak jumpa perempuan tambahan anak dara pulak yang nak buat kerja macam nih..

Syukurlah mereka suka buat untuk cari pengalaman bagi bina kerjaya masa depan.Harap mereka menjadi kontraktor muslimah yang berjaya suatu hari nanti..insyallah

Tidak memberi alasan, malah berbangga

4

Mungkin kita yang banyak memberi alasan akan terfikir bagaimana dengan kehidupan yang adik ini lalui..ia mencari sendiri untuk memajukan diri tanpa rasa malu ataupun segan walaupun selayaknya kerja ini adalah untuk kaum lelaki..

Ia tidak memberi alasan malahan berbangga dengan apa yang ia buat disamping dapat membantu ayahnya

Mencari rezeki untuk keluarganya.. via OHBULAN.

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

The post 2 Gadis VIRAL Tolong Bapa Naik Bata, Plaster Dinding, Pasang Mozek Dengan CEKAP !!! appeared first on BACA VIRAL.

SEDIH… Baru SEHARI Jadi Isteri.. Suami Tinggalkan Buat Selamanya !!!

$
0
0

SEDIH… Baru SEHARI Jadi Isteri.. Suami Tinggalkan Buat Selamanya !!! | Sehari selepas majlis resepsi perkahwinan pasangan ni, sesuatu perkara yang tidak disangka berlaku. Suami kepada wanita ini meninggal dunia akibat kemalangan. Ya Allah.. Kasihannya. Kita yang dapat tahu berita ni pun sedih apatah lagi si isteri dan keluarga arwah bahagian lelaki.

1

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Sesungguhnya, Allah S.W.T lebih menyayangi dan ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku.

Semalam hari bahagiamu, pagi ni kami terima berita sedih..

2

Hajat tak kesampaian..

3

Meninggal akibat kemalangan

4

Ini pula dipetik dari FB seorang DJ yang bekerja ketika perkahwinan arwah lelaki tu.. Difahamkan mereka telah bernikah 2 bulan lepas dan majlis resepsi perkahwinan mereka telah diadakan di rumah keluarga bahagian lelaki. Al-Fatihah..

Sumber: Facebook LianaDanial Yana via OHBULAN.

P.S. 1 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

The post SEDIH… Baru SEHARI Jadi Isteri.. Suami Tinggalkan Buat Selamanya !!! appeared first on BACA VIRAL.

Kisah Bekas Jururawat Jadi Gemuk. DICERAI SUAMI. Jadi Cantik. Suami TERHEGEH Nak RUJUK !!!

$
0
0

Kisah Bekas Jururawat Jadi Gemuk. DICERAI SUAMI. Jadi Cantik. Suami TERHEGEH Nak RUJUK !!! | Kalau janda yang cantik-cantik, mesti orang mengata, “Masa ada suami selekeh, dah jadi janda baru pandai nak melawa. Laki dah lari baru terhegeh-hegeh cari gincu,” Saya nak kongsi satu cerita client lama saya atas izin.

1

1. During hearing case (anak dia). Saya kagum sangat, usia dah hampir separuh abad tetapi body macam anak dara, bergaya, kulit mulis tegang. Setiap kali hadir ke mahkamah, bekas suami pun tak pernah tak datang. Awalnya, saya tidak pernah menyangka yang mereka sudah bercerai sebab bekas suami nampak sangat ambil berat mengenainya.

2. Saya perasan kakak ini selalu saja macam nak marah, buat tak tahu dan tak layan bekas suami dia (masa itu tak tahu pun yang mereka sudah bercerai). Tetapi bila akak ini tengok reaksi saya yang macam tertanya-tanya, kemudian dia pun jelas kan.

“Puan Nurul, jangan salah sangka. Akak dah lama bercerai,”

3. Alangkah terkejutnya saya. Betapa bagusnya bekas suami dia sampai tak pernah tak datang tengok kes anak dia.

“Dah gila talak, nak buat macam mana? Biar dia rasa,”

4. Saya selalu puji yang aakak ini cantik, bergaya, lembut orangnya. Tetapi kenapa bercerai? The next hearing date, selepas habis kes, kami pun turun ke kafe. Bersembang-sembang sampailah ke bab peribadi. Dia bawa keluar satu gambar lama dari dalam begnya. Terkejut saya melihat gambar dia dan bekas suaminya.

Hitam, gemuk, tak make up langsung, berkain batik, selekeh, sementara itu lelaki yang berdiri di sebelahnya kelihatan agak kacak.

6. 15 tahun, dia abadikan diri dengan suami. Kerjaya sebagai jururawat terpaksa dilupakan kerana suami mengarahkannya berhenti, duduk rumah dan jaga anak. Duit tak diberi, suami beri cukup-cukup makan. Tak ada lebih langsung untuk beli baju baru, alat solek atau untuk keluar berjalan-jalan.

Duduk di rumah saja menjaga anak. Suami pula sesuka hati keluar dengan kawan-kawannya. Dia hanya mampu menahan sabar. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan 4 orang anak. Setiap seorang umurnya selang setahun. Letihnya? Tuhan saja yang tahu.

7. Suami mula berubah bila dia menjadi gemuk. Bukan sengaja tetapi tiap-tiap tahun beranak, tak sempat nak kurus, dah diusik. Nak keluar joging, tak ada orang nak tinggal jaga anak. Nak beli ubat kurus, jamu semua bagai, duit tak ada. Nak melawa pun duit tak ada.

8. Suami pula elok saja beli barang baru, baju baru tetapi tak buat balik untuk isteri. Selepas suami naik pangkat, mulalah menghina isteri.

“Awak duduk rumah, selekeh tak macam orang office saya,” bentaknya.

Suami mula membandingkan dia, hina tubuh badan dia dan sampai satu masa, berbulan-bulan dia tidak disentuh oleh suami.

9. Nekad mahu mengoda suaminya semula, selepas melahirkan anak yang keempat, dia belajar menjahit. Bawa keempat-empat anaknya ke balai raya pergi belajar menjahit. Suami nak tolong? Haram! Mengutuk adalah. Selepas belajar menjahit, dia pula ambil upah menjahit. Adalah duit sikit, bolehlah beli baju baru sehelai dua.

10. Dalam usaha nak memikat semula hati suami, kantoi pula suaminya berkahwin dengan perempuan lain di Thailand. Sedih tak terkata, terasa begitu hina dibuatnya. Sudahlah nafkah kahwin culas, bukan kaya pun, nak beli baju kata tak ada duit tapi boleh kahwin lagi seorang. Isteri baru bekerja satu pejabat dengannya. Anak dara, cantik dan bergaya.

11. Dia redha dan cuba sedaya upaya menyelamatkan perkahwinannya walaupun selepas itu suaminya sudah jarang pulang ke rumah. Paling teruk bila madu dapat anak seorang. Nafkah langsung tidak diberi. Dia terpaksa bekerja mengambil upah menjahit bagi menyara anak-anak. Balik saja ke rumah, suami akan banding bezakan dengan madu yang cantik, pandai jaga badan dan pandai segala serbi.

12. Sejak ada isteri baru, suami sudah pandai naik tangan. Kadang-kadang suami bermalam di rumah dia, isteri baru datang, suruh balik ke rumahnya. Suami akan balik dan tinggalkan dia seorang diri. 10 tahun dimadukan dan itulah tempoh dia menghadap perkara seperti ini.

13. Hari sebelum dia diceraikan, mereka bergaduh tentang nafkah kewangan dan juga nafkah batin yang sudah lama suami tidak tunaikan. Bila gaduh, ada tengking menengking dan dia tidak tahan lalu meminta diceraikan. Masa itulah suami dia menghina.

“Kalaulah lembu dengan aku, lagi sanggup tidur dengan lembu!”

Selepas suami berkata seperti itu, Allah hadirkan perasaan benci yang teramat sangat pada dia, sampai dia sudah tidak tahan lagi lalu meminta diceraikan pada masa itu juga.

14. Suami dengan mudah menceraikan dia. Selepas diceraikan, suami siap cakap,

“Aku nak tengok sejauh mana kau boleh pergi tanpa aku! Kalau nak aku rujuk balik, jangan lupa datang ke rumah madu kau sebelum tampat tempoh iddah. Selepas dah tamat, aku tak kuasa dah nak melayan rujuk dengan kau!”

15. Terasa terhina, dia tidak menoleh ke belakang lagi. Angkat kaki dan balik ke kampung membina hidup baru. Buka kedai jahit dan sekarang sudah ada ramai kakitangan. Rezeki semakin banyak, duit banyak dan hidup bertambah tenang dan senang.

16. Selepas kehidupannya agak kaya, madu pula tidak berpuas hati. Dipaksa juga bekas suami buat bisnes, buat loan, buat bisnes kedai makan dan akhirnya lingkup. Sekarang, menanggung hutang dengan bank. Dari memiliki kereta Harrier, sekarang sudah downgrade ke Perodua Viva. Sekejap saja Allah nak tarik.

17. Selepas tiada suami yang bergaya, melawa sebab tak ada siapa nak tanggung, ada duit sendiri, masa ada suami macam mayat hidup, tiap-tiap tahun beranak. Yang jaganya dia seorang, duit tak ada, suami nak belikan make up dan baju? Haram! Kahwin lain adalah.

18. Sekarang dia sudah kurus dan cantik. Duit banyak, giliran madu pula hidup susah main dengan anak-anak kecil. Madu yang dulunya kurus sekarang sudah gemuk. Tambah pakej lagi bila madu dia ini pandai menjawab. Kalau tak kena, habis pinggan mangkuk dilempar.

19. Semasa saya menguruskan kes kakak ini, hampir 3 tahun bekas suami cuba merujuk kembali dengannya. Caring dan terlampau baik. Tetapi kakak ini, buat tak tahu dan tak nak melayan. Suami dia, tunggu depan pintu, tunggu di tangga rumah, di mana-mana nampak saja bekas suami macam orang tak betul, gila talak.

20. Sempat lagi kakak ini bergurau.

“Kakak ni termasuk dalam salah seorang janda yang tiada suami baru pandai nak melawa. Orang asyik mengata kita tak pandai nak jaga suami, suami lari baru nak bergaya. Tetapi orang tak tahu kita jadi mayat hidup sebab ada suami yang tak guna.

“Miskin tetapi ada nafsu dan citarasa tinggi tetapi tak menyumbang apa-apa kecuali air mani buat kita beranak setiap tahun. Selepas itu bukannya nak berterima kasih, tetapi dijadikan modal pula untuk menghina isteri. Baik hidup sendiri, ada duit sendiri dan tak payah menanggung biawak di rumah.

“Dah ada yang baru, yang lama dibuang. Sekejap saja huru hara hidup. Biarkan dia rasa,” katanya membuatkan saya tergelak.

Semoga menjadi teladan buat semua. Terkesan pada kata-katanya itu. Miskin tetapi nafsu dan cita rasa tinggi tetapi tidak menyumbang apa-apa. Semoga suami kita, anak-anak kita, saudara lelaki kita menjadi suami yang bertanggungjawab dan baik pada isterinya. – Nurulbadiah Lai | PIXEL MEDIA

P.S. 1 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

The post Kisah Bekas Jururawat Jadi Gemuk. DICERAI SUAMI. Jadi Cantik. Suami TERHEGEH Nak RUJUK !!! appeared first on BACA VIRAL.

Suami Mengadu MUNTAH Isteri Bau BAWANG. Apa Yang Jadi Seterusnya Buat Suami MENYESAL !!!

$
0
0

Suami Mengadu MUNTAH Isteri Bau BAWANG. Apa Yang Jadi Seterusnya Buat Suami MENYESAL !!! | Hari ini tersebar di laman sosial Facebook yang dimuatnaik oleh page Kisah Rumah Tanggadi mana mengisahkan seorang suami yang menceritakan kisah isterinya yang sering mengadu penat walaupun hanya bekerja dirumah dan isterinya tidak pandai mengurus diri sehingga dia rasa geli.

1

Berikut adalah tulisan suami berkenaan.

Assalamualaikum, nak tanya, Isteri saya asyik kata penat dan macam-macam alasan sedangkan dia hanya suri rumah dan saya yang bekerja. Saya letih-letih bawa moto, mengantuk dan hampir-hampir kemalangan tapi dia pula, bila saya balik dia yang cakap penat, saya tengok Facebook banyak je dia pos itu ini, gambar makanan la dan macam-macam.

Saya rasa pening memikirnya bila saya ajak bersama dia kata tak larat, nanti saya kahwin lagi satu dia marah pula. Dia setakat jaga rumah dan anak-anak je yang semua tiga orang, seorang tiga tahun, seorang 2 tahun dan seorang enam bulan.

Bengang pun ada bila malam dia terus je tidur, saya ni dia tidak layan ke apa ke, bila esok saya pergi kerja saya tak makan sarapan dia buat akan ‘touching’ bagai, “adoii, apa la kena dengan dia ni, tak faham ke apa?”

Kadang-kadang saya rasa malas nak balik rumah bila tengok rumah bersepah, tengok dia pun bau bawang, anak-anak bau wangi, dia pula tak reti nak urus diri sendiri, “Urus anak pandai pulak kan? urus diri sendiri tak boleh?”

Saya sudah tak tahu nak kata apa, dia punya cemburu bukan main kuat, saya malas nak layan kadang-kadang tu, tolong la saya, dah tak tahu nak buat apa, umur muda lagi, baru 26 dan macam apa saya tengok. diri tidak terurus.. meluat.. geli pun ada.

Kerana luahan suami berkenaan, nampaknya telah membuatkan netizen naik marah kerana menyifatkan suami berkenaan sebagai tidak bertanggunjawab kerana hanya memikirkan dirinya.

Tampil seorang netizen bernama Syaifuddin Syaary, beliau telah menulis satu perkongsian yang cukup berguna berdasarkan pengalamannya yang juga merupakan seorang suami yang mempunyai tiga orang anak.

Berikut adalah tulisan beliau yang dilihat pasti ‘menusuk kalbu’ hati suami berkenaan.

Salam tuan tanah..saya sendiri lelaki dan mempunyai ank 3 dan nak masuk 4.. saya harap tuan duduk di tempat isteri tuan selama 3 hari je.

Biar isteri tuan berehat bersama kawan-kawan atau tuan bagi duit untuk dia ke spa untuk buat rawatan badan dan dirinya..3 hari je tuan..tuan cuba bangun pagi membasuh memasak sarapan uruskn anak-anak, mengemas..Pergi pasar bawak 3 orang anak yang kecil2 tu,beli barang-barang segar masak special untuk isteri tuan masuk tengahari masak tangahari urus aanak lagi berak kencing menangis makan mandi.

Hampir petang tuan angkat baju yang dah kering,kemas rumah lagi yang di sepahkan oleh 3 anak tuan..uruskan anak lagi yang tak habis nak mkn nak main nak ditukar lampin dan hampir malam tuan masak untuk dinner.

Akhir sekali malam tuan mesti dah penat sebab uruskan semunya tuan pun nak tidur, tapi tak baloh jugak anak menangis nak susu anak menangis nak tukar lampin..

Ok lepas 3 hari tuan komen balik kat sni ape terjadi..pada anak-anak pada makanan pada keadaan rumah.dan sebagainya. Tuan yang paling penting saya nak bagitahu kat sni..tangungjawab tuan adalah melindungi isteri beri keselesaan pada isteri dan ank-anak.

Bukan buat isteri macam orang suruhan tuan.a pe yang isteri tuan lakukan ini semua adalah isteri tuan telah menringankan beban dan tangungjawab tuan dan kalau tuan mampu..tuan boleh upah orang gaji untuk uruskan membantu isteri tuan meringankn kerja rumah.

Lebihkan pembelanjaan untuk isteri tuan berhias, kalau kata tuan tidak mampu..tuan selesaikan tangungjawab tuan semuanya jaga anak bekerja urus rumah tangga, so bila malam sebelum tido insyaAllah isteri tuan akan layan tuan seperti putera raja.

Ini pula yang ditulis oleh Puan Ummul Madihah bagi membalas luahan suami berkenaan.

Jaga anak umur macam tu mencabar encik. Jangan ingat isteri suri rumah duduk senang lenang. Saya dulu bekerja, sekarang suri rumah. Tapi penat jadi suri rumah lebih lagi berbanding penat kerja. Kemas rumah tak sampai 10 minit bersepah semula. Kemas 5-6 kali sepahnya 10 kali. Nak masak anak menangis minta dukung. Masak la sambil dukung. Letak depan tv, anak yang besar lanyak adik..dah menangis si adik. Nak berak kencing pun susah. Anak menangis nak ikut. Kadang tu kena angkut sekali masuk toilet. Nak mandi kadang2 tunggu suami balik dulu baru boleh mandi dgn tenang. Kalau gak, baru nk gosok gigi anak dah melalak mcm ape kat luar bilik air. Memang la boleh main hp sebab anak ni bijak, time kita duduj diam dia pun diam. Elok main sebelah. Tapi bila gerak sikit, dia mula perangai. Tp kat kepala isteri tu macam2 kerja nak kena buat.

Lagi 1, dia merungut tu bukan ape, sebab dia nak bercerita. Dia kat rumah dgn anak2 tak de kawan nak dengar cerita dia. Ape salahnya dengat cerita dia..luahan hati dia. Kalau suruh dia pendam.. Lama2 boleh stress tau tak. Lagi 1, nak tanya la…malam2 anak nk menyusu siapa yg bangun? Suami ke isteri? Anak kecik ni kadang2 2 jam sekali dh bangun menyusu. Kalau 3 orang kadang2 bergilir bangun. Agak2 bila masa isteri nak cover tido? Waktu siang? Ingat boleh cover ke dgn anak kecik lagi. Sorg tido sorang lagi jaga…kot dia tertido anak bertiga tu gaduh ke tak ke naya.

Fikir la encik…jangan pentingkan diri sendiri. Lain kali nak isteri layan elok, family planning la. Bagi isteri rehat sikit. Ni tau buat anak..tolong jaga anak tak tau. Isteri penat mengandung 9 bulan.. Jaga anak lagi. Budak ni, selagi tak umir 2 tahun, selagi tu la banyak ragam. Kuat bangun malam nak menyusu. Kalau anak rapat mcm tu…saya rasa sangat simpati. Maknanya dah bertahun la isteri encik ni tak cukup tido. Penat encik…penat

Apapun, hargailah isteri kita, terima kekurangan dan kelebihan, jika kekurangan itu boleh dibuah, didiklah dia kerana kita ketua keluaga yang dipertanggungjawabkan menjaga amanah. KREDIT KISAH RUMAH TANGGA.

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

The post Suami Mengadu MUNTAH Isteri Bau BAWANG. Apa Yang Jadi Seterusnya Buat Suami MENYESAL !!! appeared first on BACA VIRAL.

Lepas 3 Tahun Ceraikan Isteri, Lelaki Ni Stalk FB Bekas Isterinya Akhirnya Dia Temui SESUATU !!!

$
0
0

Lepas 3 Tahun Ceraikan Isteri, Lelaki Ni Stalk FB Bekas Isterinya Akhirnya Dia Temui SESUATU !!! | Dah masuk 3 tahun kami bercerai. Fikiran aku dah boleh lupakan bayang-bayang dia. Tapi tangan aku gatal search nama dia di FB. Tak berharap pun masa tu tapi, tiba-tiba memang ada di search result. Aku stalk janda aku. Tiba-Tiba??

1Gambar Hiasan

Aku merupakan seorang lelaki yang sangat cliche, sangat typical. Lulusan universiti awam, bekerja sebagai seorang jurutera tempatan. Tiba umur aku 27 tahun aku tengok kiri kanan semua orang dah kahwin. Tapi aku ni kawan perempuan pun tak ada. Hati dah rasa macam nak kawin jugak, nak ada keluarga..mungkin sebab penat dedikasikan masa semata-mata untuk kerja. Jadi aku minta kawan-kawan aku kenalkan aku dengan seorang perempuan yang sesuai la aku nak jadikan isteri.

Pendekkan cerita, aku dipertemukan dengan seorang gadis. Simple, tutup aurat, lemah lembut, cukup sifat bagi aku. dua tahun kami kenal, aku yakin memang dia lah jodoh aku. Sebab apa? Personaliti dia. Nature kerja aku ni memerlukan aku sentiasa on call,sentiasa sibuk. Tapi selama kami berkawan, dia tak pernah merungut walaupun keluar pun sebulan sekali je. Lepas tu, dia sangat independant, takde nak bergantung pada aku sangat. Seorang yang sangat bijak bagi aku, matang dan memang sempurna dan dari keluarga yang baik2. Aku luahkan niat aku untuk kahwini dia & dia setuju.

6 bulan kemudian kami menikah. 2-3 minggu berkahwin, aku rasa ada yang tak kena. Tapi aku abaikan saja biasalah baru lagi maybe belum biasa. Satu hari, aku tengok laptop dia. Ada satu emel menarik perhatian aku. Dia berbalas e-mail dengan Al-Baghdadi, satu tempat belajar Al-Quran. Bertanya kan yuran pendaftaran bagi orang dewasa. Aku belek2 tengok pendaftaran tu nama dia.

Tengah aku tengok tu, dia keluar dari bilik air & pandang aku. Aku tanya dia, awak nak belajar Quran ke? Dia terdiam tak jawab apa-apa, berjalan masuk dan duduk atas katil kami. Air mata dia mengalir laju, badan terhenjut-henjut menahan sedu tangis. Aku panik, dah kenapa isteri aku ni. Aku duduk sebelah, tanya dia kenapa. Dia buat pengakuan yang dia tak pandai mengaji dan sembahyang. Dia cuma hafal surah2 lazim sahaja tanpa tahu macam mana nak baca quran. Dia mohon maaf dari aku. Aku terkejut macam mana aku boleh tak perasan semua ni. Mugkin sebab sepanjang 3 minggu ni aku yang mengimamkan dia dan dia mengaji surah-surah yang dihafalnya. Zahirnya, dia nampak seperti muslimah sejati. Tudung labuh, berstokin, baju longgar, malah muka dia berseri walaupun kulit tak cerah mana. Aku tak tahu sekarang macam mana. Dia aku kahwini sebab aku fikir dia cukup didikan agama. Katanya, perkara ini mak ayahnya pun tak tahu. Ego aku tercabar, aku kecewa bila tahu perkara ini. Malam tu aku tidur luar. Tak tidur pun sebenarnya, aku berfikir sepanjang malam.

Esok paginya, kami solat subuh seperti biasa. Tapi tangan yang dia hulurkan untuk menyalami aku, aku biarkan tak bersambut. Aku terus bangun bersiap nak ke pejabat. Aku dapat lihat dia mengesat air mata, tapi aku biarkan. Hati masih sakit, masih kecewa. Terasa macam kena tipu, walaupun dia tak pernah cakap pun yang dia lancar mengaji, pandai sembahyang sebelum ini.

Beberapa minggu berlalu, aku memang diam saja tak bercakap dengan dia. Hari ini aku nekad, aku ingat aku dah fikir masak-masak. Aku panggil nama dia. Terkejut dia mendengar mungkin sebab dah lama kami tak bercakap. Muka dia seperti redha dengan apa saja yang bakal aku cakapkan. Aku luahkan kekecewaan aku padanya. Aku nak berpisah. Dia kata pada aku, berikanlah dia peluang. Dia sedang belajar sembahyang, belajar mengaji. Aku taknak dengar lagi penjelasan dia. Aku lafazkan talak malam itu jugak. Sepanjang tempoh eiddah, dia jaga makan minum aku seperti biasa. Waktu tempoh itu hampir tamat, dia datang pada aku dan bertanya..adakah aku masih tidak sudi menjaga dan mendidik dia. Aku tak boleh terima yang dia, selama 25 tahun hidup, tidak pernah sembahyang atau mengaji, umur 25 baru nak belajar.

Aku cuba hubungi dia selepas setahun kami bercerai. Setahun aku ambil masa untuk sedar bodoh nya aku meninggalkan dia, wanita yang sedang mencari semula agamanya. Waktu itu jugalah aku cuba hubungi dia tapi tak berjaya. Dia dah berhenti kerja tempat lama, dah pindah dari rumah sewanya. Tak cukup kekuatan aku untuk pergi ke rumah bekas mentua, sebab aku tahu macam mana aku layan anak perempuan mereka selepas gadis itu mereka amanahkan pada aku. tak apalah, mungkin memang jodoh kami sampai hari tu je.

Dah masuk 3 tahun kami bercerai. Fikiran aku dah boleh lupakan bayang-bayang dia. Tapi tangan aku gatal search nama dia di FB. Tak berharap pun masa tu tapi, tiba-tiba memang ada di search result. Aku stalk janda aku. Aku dah gila talak ke..

Bersambung…. – Faizin Islam

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

The post Lepas 3 Tahun Ceraikan Isteri, Lelaki Ni Stalk FB Bekas Isterinya Akhirnya Dia Temui SESUATU !!! appeared first on BACA VIRAL.

Saya Perasan Isteri Selalu Bawa Handphone Masuk Tandas Sehinggalah Satu Hari….

$
0
0

Saya Perasan Isteri Selalu Bawa Handphone Masuk Tandas Sehinggalah Satu Hari…. | Kes penceraian yang disebabkan oleh kecurangan semakin menjadi-jadi. Terlalu banyak kes dalam simpanan fail rujukan kami, dari kes yang melibatkan artis, melibatkan ahli perniagaan, melibatkan para pemimpin negara bahkan juga pasangan biasa.

1

Kali ini ingin admin pautkan fenomena ini melalui satu kisah benar yang dikirim kepada kami ini secara lengkap untuk renungan kita bersama. Bacalah dengan hati terbuka dan teliti pelajaran yang kami kongsikan di hujungnya. Kami hilangkan ‘nama penulis’ untuk mengelak fitnah.

Kisah benar isteri curang – wajib baca!!!

Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta. Isteri saya adalah juru audit di sebuah syarikat swasta juga. Kami mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun. Dialah buah hati saya dunia dan akhirat.

Kisah ini terjadi pada dua tahun lepas. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Saya dapat kesan perubahan sikapnya kerana dah lebih 10 tahun kami bersama. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya. Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik air. Saya cuba mintak nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Saya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti dulu.

Sebelum ini, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak sampaikan belum habis lagi. Kini, setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya saja. Soal atas katil pun begitu, dalam sebulan sekitar 5 kali yang saya minta cuma sekali yang saya dapat. Itu pun rasa macam beraksi dengan patung. Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggup walaupun dia sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyata berbeza.

Suatu hari, mungkin tuhan nak kabulkan doa saya supaya diberi petunjuk dalam menghadapi situasi ini. Isteri saya mandi dan tertinggal handphonenya dalam laci. Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi tanda ada mesej diterima. Terus saya capai handphonenya dan buka peti mesejnya. Tiada nama terpapar, cuma nombor sahaja. Saya cepat-cepat catat nombor handphone yang tertera. Kemudian saya baca isi mesejnya. Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca mesejnya yang berbunyi “lepas kerja tunggu kat tempat biasa”. Hati saya mula bergelora dan fikiran mula bercelaru. Tapi saya tahankan dan cepat-cepat padam mesej tu dan letakkan kembali handphone tu ditempatnya. Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.

Semasa saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian dia bersarapan bersama-sama saya. Saya cuba tahankan perasaan saya ketika itu dan buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian kami pergi kerja menaiki kereta masing-masing. Sebelum itu, saya bawa bersama viewcam untuk digunakan sebagai pengumpul bukti.

Petang itu saya menantikan kelibat isteri saya selepas waktu kerja dengan menunggu di hadapan pejabatnya di dalam kereta yang saya pinjam dari rakan. Saya tidak gunakan kereta saya, takut isteri saya perasan. Hati saya bergelora apabila terlihat isteri saya keluar dari pejabatnya dan terus menuju ke arah kereta yang tidak saya kenali. Nampaknya kereta tersebut telahpun menunggu isteri saya sebelum saya sampai.

Saya perhatikan kereta tersebut meninggalkan perkarangan pejabat isteri saya. Dengan berhati-hati saya ekori kereta tersebut dalam jarak yang selamat. Tiba-tiba handphone saya berdering, rupanya isteri saya telefon saya. Saya pelik, adakah dia dapat menghidu perbuatan saya. Saya jawab panggilannya dan hati saya hancur apabila dia memberitahu bahawa pada hari itu dia balik lewat dan ada meeting katanya. Bila saya tanya dia berada di mana, dia kata sedang bekerja di pejabat. Sungguh pilu hati saya melihat isteri saya berbohong.

Saya kuatkan semangat ingin membongkar apa sebenarnya yang terjadi dengan isteri saya. Saya ekori hingga ke sebuah restoran yang terkenal. Saya lihat isteri saya keluar dari kereta dan menuju ke restoran berkenaan bersama seorang lelaki yang saya rasa jauh lebih muda dari isteri saya. Setelah mereka masuk, saya mencari sudut yang memudahkan untuk saya memerhatikan mereka. Hampir 3 jam saya lihat kemesraan mereka berdua. Kadangkala saya nampak lelaki itu seperti membetulkan tudung isteri saya dan mereka kadangkala ketawa kecil. Entah apa yang mereka bualkan saya pun tidak tahu. Berdosa saya pada hari itu kerana telah meninggalkan solat asar dan maghrib semata-mata mencari kebenaran.

Saya menunggu di dalam kereta sampai lenguh seluruh badan saya. Sekali sekala saya rakam perbuatan mereka di dalam view cam. Setelah sekian lama menanti, akhirnya mereka keluar dari restoran dan menuju ke arah kereta tadi. Saya rakam segala perbuatan mereka. Kemudian mereka bergerak menuju ke arah yang saya tidak pasti. Saya ekori lagi hinggalah saya tahu kemana tujuan mereka. Rupanya mereka kembali ke pejabat isteri saya tetapi melalui lorong belakang yang gelap dan sempit itu. Saya tidak dapat ikut kerana takut mereka sedar akibat lampu yang saya pasang.

Saya mengambil keputusan untuk berjalan menyusup ke tempat-tempat yang tersembunyi untuk merakam perbuatan mereka di dalam kereta di tempat yang gelap itu dengan meletakkan kereta saya di tempat yang sesuai. Suasana di lorong itu amat gelap. Yang kedengaran hanya deruman bunyi kereta lelaki tadi yang tidak dimatikan enjinnya. Saya cari tempat yang sesuai dan tersembunyi agar tidak disedari mereka. Saya hidupkan fungsi night vision yang mana saya dapat merakam setiap aksi mereka walaupun dalam keadaan yang amat gelap.

Bagai nak luruh jantung saya berdebar, amat terkejut bila mendapati mereka sedang #berasmara. Saya lihat mulut mereka bercantum dan setelah agak lama, saya lihat lelaki itu menurunkan tempat duduk yang diduduki oleh isteri saya. Saya agak mereka pasti sedang berbaring bersama dan terpaksa berdiri lebih dekat di tempat yang selamat untuk merakam apa yang mereka lakukan.

Hati saya hancur luluh pada ketika itu. Syaitan mula berbisik menyuruh saya menamatkan sahaja riwayat kedua-dua makhluk yang sedang berzina itu di situ juga, tetapi saya tetap bersabar dan terus merakam setiap perbuatan mereka. Saya sedar, tuhan menyebelahi saya. Kebencian saya meluap-luap. Terus saya padamkan view cam dan dengan berhati-hati saya berjalan kembali ke kereta. Selepas memulangkan kembali kereta rakan, saya pun memandu kereta saya pulang.

Dalam solat saya menangis dan berserah kepada allah untuk menegakkan jalan bengkang bengkok yang dicipta oleh isteri saya itu. Kemudian saya pergi ke bilik anak saya. Saya lihat anak saya sedang lena tidur. Sekali lagi saya menangis melihat anak saya yang tidak berdosa itu. Pada ketika itu saya terfikir, apakah dosa saya sehingga begini hebat dugaan tuhan kepada saya.

Apabila terdengar bunyi kereta isteri saya tiba di garaj, saya keluar dari bilik anak saya dan menuju ke pintu untuk membukakan pintu supaya isteri mudah masuk ke dalam. Isteri saya terkejut melihat saya masih belum tidur. Dia cuma tersenyum dan mengatakan banyak perkara-perkara berbangkit ketika mesyuarat yang membuatkan dia pulang lewat. Dalam hati saya menyumpah sendirian, perempuan laknat!!. Berani kau menipu hidup aku dan anak aku. Tetapi saya sembunyikan perasaan itu dengan tersenyum dan saya lihat pakaian dan tudungnya semuanya rapi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dasar perempuan jalang, tahu sahaja menyembunyikan perbuatan keji di jalan tadi.

Malam itu saya biarkan isteri saya tidur sendirian. Saya tidur menemankan anak saya didalam bilik anak saya walau pun pada malam itu, selepas isteri saya mandi, dia minta disetubuhi. Saya beri alasan saya penat, sedangkan saya tahu niatnya, untuk menyembunyikan angkara perbuatannya tadi. Manalah tahu jika ianya membuahkan hasil, sekurang-kurangnya dia dapat meyakinkan bahawa hasil itu adalah dari benih saya. Sudahlah, saya dah menjangkakan semua kemungkinan dan muslihat itu setelah melihat apa yang dia lakukan tadi.

Pada keesokkannya, saya ambil kesempatan untuk memasukkan apa yang saya rakamkan malam tadi ke dalam cd menggunakan laptop saya secara senyap. Pada sebelah petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua di dalam bilik. Saya bertanyakan adakah dia mahu jika saya menceraikannya jika dia sudah mempunyai lelaki yang lebih baik dari saya.

Dia menyangkal kata-kata saya dengan mengatakan saya kuat cemburu dan dia meyakinkan saya bahawa tiada insan lain dalam hidupnya melainkan saya sorang. Kemudian saya katakan kepadanya, bagaimana jika saya ada bukti yang menunjukkan bahawa dia berbohong. Pada ketika itu air muka isteri saya mula berubah. Seperti biasa, dia sengaja mengalihkan cerita. Saya yang sudah tidak dapat bersabar terus mengarahkannya mengemas pakaian dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke rumah ibu bapanya pada hari itu juga.

Isteri saya terkejut dengan tindakan saya. Kemudian dia mula menanyakan berbagai soalan. Dari nada suaranya saya tahu, dia sedang dalam keresahan. Dia takut saya dapat menghidu perbuatannya. Saya terpaksa meninggikan suara akibat terdorong rasa marah yang teramat sangat. Tak pernah saya bersikap sebegitu selepas kawin cuma pada hari bersejarah itulah saya bertukar rupa sebentar. Kemudian saya meminta anak saya mengemas pakaiannya dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke kampung.

Alangkah gembiranya anak saya, dapat berjumpa atuk dan neneknya yang dirindui. Tetapi hati saya menjadi sebak melihat telatah anak yang mash tidak mengerti erti hidup. Anak saya seakan mengetahui hati saya. Tiba-tiba dia berhenti melompat kegirangan dan dia terus menuju kepada saya sambil bertanya kenapa saya nampak sedih. Saya berkata saya letih tetapi anak saya kata saya tipu. Dia seboleh-boleh minta saya beritahunya kenapa perwatakan saya tidak seperti biasa.

Saya menjadi teramat sebak dan mengalirkan air mata. Seorang anak kecil menjadi terlalu prihatin dengan papanya. Saya peluk anak saya, saya cium dia. Saya beritahu dia bahawa nanti bila sampai rumah atuk dia akan tahu. Anak saya hanya mengangguk dan terus masuk ke biliknya mengemas pakaian selepas diminta oleh saya.

Dalam perjalanan kami tidak banyak berbual. Saya hanya menumpukan perhatian pada jalan raya dan hilang selera saya untuk berbual bersama isteri. Isteri saya tidak habis-habis bertanyakan kenapa saya membisu dan tidak banyak bercakap. Tetapi saya hanya diam. Cuma celoteh anak saya yang membuatkan saya kadang-kadang tertawa kecil.

Sampai di rumah mertua saya, mereka sungguh gembira melihat anak, menantu dan cucunya pulang. Terasa seperti tidak sampai hati untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati saya kepada mereka. Sehinggalah pada keesokkannya, selepas solat zohor saya meminta kedua-dua mertua saya dan isteri saya duduk di ruang tamu untuk membincangkan satu perkara. Isteri saya kelihatan tenang dan saya tahu, itu hanyalah luaran sahaja, sedangkan hatinya lebih berkecamuk akibat kecurangannya.

Akhirnya bapa mertua saya bertanya, apakah hajat sebenarnya saya memanggil mereka. Apakah perkara yang hendak dibincangkan. Saya seperti hendak menangis ketika saya bertanyakan kepada mereka, apakah pendapat mereka jika saya pulangkan kembali isteri saya kepada mereka. Mereka terkejut, begitu juga isteri saya. Kemudian mereka bertanya, apakah salah anak mereka sehingga saya ingin mengambil keputusan sebegitu rupa. Saya terdiam tidak terkata. Setelah berkali-kali dihujani soalan kenapa dan mengapa, akhirnya saya mengatakan bahawa isteri saya telah pun berzina dengan disaksikan oleh mata saya sendiri.

Mertua saya mengucap panjang. Mereka terus bertanyakan kepada isteri saya. Isteri saya menafikan sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya. Tidak cukup dengan itu, isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan dia memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan berselengkoh orang lain. Mertua saya bertanyakan soalan bertalu-talu kepada saya dan isteri saya. Akhirnya saya pergi ke kereta, mengambil cd dan saya pasangkannya di vcd player yang terletak di ruang tamu.

Mertua saya mengucap tidak henti-henti setelah melihat apa yang ditayangkan dihadapan mata mereka. Itulah rakaman kecurangan anak mereka ‘sedang #bermain’ di hadapan mata mereka. Isteri saya hanya menundukkan kepala sambil menangis teresak-esak. Kemudian isteri saya bangun mendapatkan saya dan dipeluknya kaki saya sambil meraung-raung meminta ampun dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.

Anak saya dan mak usunya tiba-tiba keluar daripada bilik akibat terdengar raungan isteri saya. Mereka terus ke ruang tamu tanpa kami sedari dan turut melihat tayangan kecurangan isteri saya. Kemudian saya terdengar suara anak saya bertanyakan kenapa mamanya memeluk lelaki lain dan bukan papanya di dalam television itu dan kenapa mamanya biarkan lelaki itu memegang buah dadanya. Saya yang menyedari anak saya berada di ruang tamu dengan pantas menutup television. Saya lihat wajah anak saya yang kehairanan akibat terlihat tayangan tersebut dan juga setelah melihat mamanya meraung-raung dikaki saya.

Wajah adik ipar saya juga dalam keadaan terkejut. Tangannya menutup mulutnya dengan matanya yang terbeliak akibat terkejut setelah mengetahui perbuatan kakaknya itu. Terus sahaja dia menarik tangan anak saya masuk ke bilik. Kedua-dua mertua saya tidak dapat berkata walau sepatah kata pun. Seminggu selepas itu, saya dan isteri saya pergi ke mahkamah syariah dan memohon perceraian. Selepas perbicaraan dan bukti-bukti yang kukuh, saya mendapat hak penjagaan anak saya. Kemudian saya meminta bekas isteri saya supaya menikah dengan lelaki yang saya nampak pada hari itu dengan disaksikan oleh hakim dan orang-orang pejabat agama.

Selepas kejadian itu, saya tinggal bersama anak saya dan sebulan sekali bekas isteri saya datang melawat anaknya. Sehinggalah selepas beberapa bulan, saya tidak nampak lagi batang hidungnya menjengok anaknya. Dari cerita yang saya dengar dari orang-orang tempat dia bertugas, selepas bekas isteri saya berkahwin dengan lelaki tersebut, dia memakan hati kerana lelaki tersebut ada hubungan sulit dengan perempuan lain. Mungkin itulah balasan allah kepadanya.

Pada hari raya puasa yang lalu, saya berziarah ke rumah bekas mertua saya atas desakan anak saya. Di sana saya berpeluang berjumpa dengan bekas isteri saya. Saya lihat, dirinya tidak lagi seperti dahulu. Tubuh yang dahulunya montok dan menawan kini kurus kering. Dari wajahnya saya tahu bahawa dia memang benar-benar makan hati dengan suami barunya yang diberahikan itu.

Biarlah, allah sudah pun temukan mereka berdua. Bahagia atau tidak itu bukan kerja saya, itu kerja tuhan. Yang penting, saya kini memulakan hidup baru dengan anak kesayangan saya. Dialah harta yang tidak ternilai untuk saya di dunia dan akhirat. Saya akan pastikan anak saya melalui jalan hidup yang betul agar hidupnya tidak menyimpang daripada ajaran allah yang sebenar.

Kesimpulan

Semuga kisah pedih pengalaman sahabat kita ini dapat menyedarkan pasangan lain di luar sana. Ingatlah ‘lelaki yang tidak cemburu terhadap isteri dan anaknya adalah dayus dan tidak akan mencium syurga’. Iman wanita amatlah tipis dan amat mudah tergoda, khususnya apabila mereka bebas sewaktu bekerja.

Warga prihatin ada banyak kes sebegini dalam simpanan fail kami. Zina bagi yang sudah berkahwin hukumannya rejam sampai mati. Jika tidak direjam secara muhkamat, mereka tetap direjam secara mutasyabihat. Aktiviti haram memang dipromosi oleh syaitan. Ia dilakukan semata-mata kerana nafsu, tanpa ikatan dan tanggungjawab. Oleh itu, menjadi trend sekarang semua perbuatan zina itu dirakam untuk ‘kenangan’. Apabila nafsu sudah memuncak, masing-masing sudah tidak kisah untuk dirakam aksi ranjangnya. Banyak sekali kes yang pihak wanita sendiri yang merakam aksinya berkali-kali.

Seorang suami yang berprinsip tidak akan mampu menerima semula isteri yang berlaku curang. Itu adalah ego atau ‘pride’ lelaki yang allah kurniakan secara fitrah. Pengalaman kami menunjukkan suami akan menceraikan isterinya pada kadar segera sebaik sahaja mendapat bukti. Memanglah hakikatnya seorang wanita hanya untuk seorang lelaki sahaja. Tidak mungkin 2 lelaki atau lebih boleh hidup bersama seorang wanita dalam masa yang sama.

Hasil kajian dan pengalaman kami juga menunjukkan situasi yang amat berbeza dengan sikap isteri yang masih mampu walaupun pahit untuk menerima suami yang berselingkuh dengan wanita lain. Mungkin para isteri memikirkan soal nasib anak, nasib diri yang mungkin menjanda, menjaga maruah diri serta keluarga dan sebagainya. Kebetulan pula dalam islam ada poligami yang sering diambil peluang oleh suami untuk berbuat sewenangnya. Kononnya boleh tambah isteri bila ‘terkantoi’. Maka meranalah si isteri.

Janganlah biarkan isteri kita berkeliaran, samada melalui aktiviti sosial secara zahir maupun melalui alam maya. Jika isteri kita diizinkan bekerja, pantaulah gerak geri mereka. Begitulah juga dengan para suami. Janganlah buang masa melayan isteri dan anak dara orang. Jika kita benar-benar mampu dan mahu, bernikahlah sahaja agar perhubungan itu ada berkatnya.

Pengalaman seorang dari kami amat mengejutkan sekali. Seorang artis terkenal yang sudah bersuami dipelawa di hadapannya oleh rakan lelakinya hanya dengan ayat “can i have #se’x with you, i have got a room here’. Beliau yang sedang makan di restoran hotel itu bersama rakan beliau boleh dengan mudah ikut naik ke bilik. Ironinya, ia tidak berlaku di hadapan rakan kami dan rakan-rakan artis itu, bukan secara rahsia. Beliau turut menceritakan kisah zina yang berleluasa secara terang-terangan di kalangan artis dan penari budaya.

Lihatlah penceraian yang berlaku apabila suami dapat tahu isterinya bertukar gambar alat kelamin dengan artis, melakukan perbualan #lu-ca’h melalui telefon, sms, facebook, whatsapp dan sebagainya. Hari ini ramai lelaki yang mengadu isteri mengabaikan suami dan anak kerana aktiviti ini. Dari aktiviti maya itu mereka berjumpa dan akhirnya syaitan akan menggoda masing-masing melakukan zina. Ingatlah, rakaman dan berita dari kerosakan akhlak ini akan menjadi rejaman masyarakat terhadap kita hingga ke anak-cucu, bahkan ke akhir hayat.

Telah allah tegaskan bahawa “berkeliaran itu membawa kerosakan”. Seharusnya kita mematuhi arahan allah itu agar mampu kita hentikan segala kerosakan akhlak ini segera. Kita sudah terlalu jauh dari landasan agama kita. Kerana itulah hidup masyarakat kita ini amat ‘tidak sejahtera’ – Hmetro Online

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

The post Saya Perasan Isteri Selalu Bawa Handphone Masuk Tandas Sehinggalah Satu Hari…. appeared first on BACA VIRAL.

PADAH Terlalu Menunjuk Kebahagiaan Di FB. Lihat Apa Berlaku Pada Gadis Ini. MENYERAMKAN !!!

$
0
0

PADAH Terlalu Menunjuk Kebahagiaan Di FB. Lihat Apa Berlaku Pada Gadis Ini. MENYERAMKAN !!! | Kata orang rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Kita tak tahu jika mereka yang paling baik dengan kita merupakan orang paling berdendam dan dengki dengan apa yang kita miliki.

1

Kisah wanita ini yang mengambil keputusan untuk tidak lagi berkongsi foto mahupun apa sahaja yang dilakukan bersama dengan orang yang tersayang wajar dijadikan ikhtibar.

2

Ada betulnya apa yang cuba disampaikan wanita ini. Bukan tak boleh berkongsi segala kegembiraan tapi biarlah berpada-pada. Apa-apa pun masing-masing ada hak dan sebab tersendiri untuk berkongsi apa yang dirasakan. Sumber : Facebook DjNurul Husna

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

The post PADAH Terlalu Menunjuk Kebahagiaan Di FB. Lihat Apa Berlaku Pada Gadis Ini. MENYERAMKAN !!! appeared first on BACA VIRAL.

Ketika HAMIL 4 Bulan Saya Buka Beg Kerja Suami Dan Alangkah Terkejutnya Saya Jumpai…..

$
0
0

Ketika HAMIL 4 Bulan Saya Buka Beg Kerja Suami Dan Alangkah Terkejutnya Saya Jumpai….. | Kisah hidup saya dengan suami, 23 November 2006, kami disatukan. Suami hanya kerja kampung, menoreh getah dan tinggal di rumah mertua.

1

Selepas 4-5 bulan berkahwin, saya disahkan hamil. 2 Februari 2008 saya selamat melahirkan bayi lelaki. Saya sudah rasa sangat bahagia pada saat itu walaupun susah, tetapi suami ada di sisi yang kuat bekerja mencari rezeki untuk kami.

Sekali lagi saya disahkan hamil. 4 Mac 2009, saya selamat melahirkan bayi perempuan. Dua bulan selepas bersalin, suami pergi Sarawak menjalani latihan selama 6 bulan. Kembalinya suami ke sini sebagai anggota polis dan bekerja di balai polis.

Suami dapat rumah di kuarters polis di Shah Alam. Dah tolak bank, tolak rumah, hanya tinggal RM600. Dengan motosikal EX5 suami berulang ali pergi kerja. Memang rasa bahagia.

Pergi beli barang di Tesco dengan anak seorang di depan, seorang lagi di tengah-tengah naik motosikal. Akhirnya suami dapat beli sebuah kereta terpakai. Dengan gaji RM600 saya rasa sudah sangat bahagia sebab anak-anak dan suami di sisi.

Disebabkan rumah jauh dari tempat kerja suami, kami pun berpindah ke kota. Dekatlah sikit dengan tempat kerja suami.

Anak lelalki pun dah berumur 6 tahun, masuk sekolah tadika di situ. Tahun 2013, saya selamat melahirkan bayi perempuan, anak yang ketiga. Saya rasa saya sangat bahagia. Tetapi inilah dikatakan isteri diuji saat suami susah, suami diuji saat dia senang.

7 tahun dalam perkhidmatan polis, saya percaya 100% kepada suami. Pada tahun ke 9 perkahwinan kami, saya diuji dengan ujian yang terlalu berat. Saya mendapat petunjuk melalui mimpi. Seminggu saya bermimpi yang suami saya ada perempuan lain. Akhirnya hati saya tergerak untuk membuka beg kerja suami. Betapa hancurnya hati saya bila terbaca surat nikah suami di Thailand. Mengigil seluruh badan.

4 bulan saya bersabar sebab fikirkan anak-anak. Tetapi saya mengalah sebab saya tidak sanggup bermadu. Setiap hari menangis dan persoalan bermain di fikiran, apakah salah saya? Saya suruh suami pilih antara saya, anak-anak dengan isteri baru dia. Namun, suami enggan melepaskan siapa-siapa. Jadi saya mengalah sebab saya tidak sanggup.

Betapa terseksanya saya, selama 4 bulan bertahan, akhirnya saya diceraikan pada bulan Disember yang lalu di saat saya mengandung 4 bulan. Suami lebih memilih isteri barunya berbanding saya yang sudah 9 tahun hidup susah dengannya.

Saya tinggal dengan ibu di kampung. Saya tidak pernah bekerja, habis pantang ini terpaksalah saya mencari kerja untuk menanggung anak-anak. Doakan anak-anak yang tidak tahu apa-apa ini membesar dengan sihat walaupun tanpa kasih sayang seorang ayah. – KRT | PIXEL MEDIA

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

The post Ketika HAMIL 4 Bulan Saya Buka Beg Kerja Suami Dan Alangkah Terkejutnya Saya Jumpai….. appeared first on BACA VIRAL.

Luahan Isteri KRT…“Suami Tak Boleh Terima Keluarga Saya Orang Susah…”

$
0
0

Luahan Isteri KRT… “Suami Tak Boleh Terima Keluarga Saya Orang Susah…” | Saya baru saja berkahwin dalam setahun. Saya lahir dari kalangan orang susah dan keluarga saya memang susah. Berlainan dengan suami, dia orang senang dan keluarganya pun memang asal usul orang berada.

1

Kerja dan gaji suami pun alhamdulillah. Sebelum kahwin dengan suami, saya sudah beritahu awal-awal yang saya ini orang susah. Saya cuma mahu dia menerima saya dan keluarga saya seadanya. Saya tidak mahu dia cuma sayangkan saya, saya mahu dia sayangkan keluarga saya juga.

Suami kata, dia tidak kisah dengan semua itu sebab dia sayangkan saya dan dia tidak kisah dengan latar belakang keluarga saya.

Tetapi selepas berkahwin, saya menjadi serba salah. Suami saya menjadi seperti tidak dapat menerima keluarga saya lagi. Dia tak adalah berkata demikian tetapi dari sikap dia, jelas sekali menunjukkan dia begitu.

Saya ajak dia tidur di rumah pun susah. Kadang-kadang saya tinggal di rumah mak dalam sehari dua. Bila suami nak menjemput saya di kampung, mak punyalah gembira sampai dia kemaskan rumah, bilik, cadar selimut pun dia cucui semua. Tetapi bila suami sampai, dia tak nak tidur di rumah dan dia nak balik pada hari itu juga. Nak ajak makan di rumah pun susah.

Saya ingat lagi bila suami datang ke rumah mak, mak cepat-cepat pergi pasar beli makanan sedap-sedap, ikan mahal-mahal, sayur mahal-mahal tetapi nak ajak suami makan itu, punyalah liat. Saya sedih dan serba salah dengan mak saya.

Selepas berkahwin, saya dan suami memang duduk berjauhan dengan keluarga saya dan juga keluarga suami. Saya selalu berkata pada suami,

“Sekali sekala saya nak bawa mak ke rumah kita, tidur semalam dua, boleh tak bang?”

Tetapi dia memberikan respon negatif.

“Nantilah kalau ada masa,” katanya.

Tetapi saya tengok dia tak adalah sibuk sangat. Hujung minggu pun ada saja dan saya sedih sebab sepanjang perkahwinan, dia tidak pernah bawa mak saya datang ke rumah kami.

Kadang-kadang saya nak bawa mak jalan-jalan pergi ke bandar, belikan mak baju, suami kerap memberikan alasan tak ada masa. Sedangkan kerja tak sibuk mana pun.

Mak saya orang susah, nak merasa pergi bandar setahu sekali pun jarang. Dia cuma berniaga sayur di pasar. Kadang-kadang sedih juga tengok mak tak ada baju baru tetapi bersyukurlah, kadang-kadang suami ada hulur juga pada mak dan ayah saya.

Tetapi mak saya tak pernah kisah kalau suami saya bagi duit atau tidak pada mereka sebab mak saya cuma happy dapat menantu yang boleh jaga anak dia. Anak dia pun hidup dah senang sikit, tak adalah susah seperti mereka.

Ya Allah.. sedih. – KRT | PIXEL MEDIA

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

The post Luahan Isteri KRT… “Suami Tak Boleh Terima Keluarga Saya Orang Susah…” appeared first on BACA VIRAL.

Selepas 17 Tahun. Wanita Ini Dedah Senarai LELAKI Yang Pernah Cuba CABUL Dia Sejak Kecik !!!

$
0
0

Selepas 17 Tahun. Wanita Ini Dedah Senarai LELAKI Yang Pernah Cuba CABUL Dia Sejak Kecik !!! | Sejak baca confession psl kes cabul ni aku dah tak boleh fokus exam esok. Tak sangka kenangan buruk yg aku sangka aku dh lupa datang balik. Seharian aku Menangis kt bilik. Trauma tu Allah je tau. Dah 17 tahun aku pendam sorang2. Ni first and last aku confess publicly.

1

Masa aku darjah satu, aku kena cabul ngan kawan ayah aku kt masjid. Masa tu ayah aku bilal masjid so aku selalu tlg dia kemas rak quran. So pakcik ni panggil aku suh sapu belakang tiang tempat dia selalu solat tu. Dia tanya nk upah tak? Tapi kena baring dpn dia. Masa tu apalah sgt. Aku pun budak lg. Then dia mula buat something sampailah ada sorang abang dtg sergah dia marah2 sbb buat benda tak elok dlm masjid. Abang tu tarik aku bwk gi Kat area dapur masjid. Dia tanya aku ok tak? Aku angguk pastu ucap thanks and nk blah. Tp abang tu tarik aku pastu dia plak cabul aku. Aku menangis sbb takut dia pukul aku ke apa pastu aku dgr suara ayah jerit panggil aku. Abang tu cpt2 lari. Ayah nampak aku kt belakang rak pinggan tanpa tudung dikepala. Ayah dtg tanya kenapa nangis? Aku nampak abang tu buat isyarat suh diam dr jauh. So aku ckp aku jatuh je. Ayah tak syak pape terus bawak aku balik. Sjk haritu aku dh tak ikut ayah aku dh.

Tak lama pastu, kawan aku ajak main guli kt bwh rumah dia. Abang dia nk tunjuk something. lagi sekali jahilnya aku ikut je. Sekali lg aku dicabul oleh kawan aku, abang dia dan sorang lagi yg aku tak kenal. Aku balik cite kat ibu tp ibu tak caye sbb diorang sume sekolah agama. Pastu aku terus tak kawan ngan diorang lagi dah sbb diorg selalu ajak aku gi kt bawah rumah tu.

Beberapa bulan kemudian, aku ingatkan sume ni akan berakhir. Sampailah satu hari tu parents ngan adik2 aku terpaksa balik rumah atuk. Tinggallah aku ngan abang aku. Masa aku tido kt bilik, tiba2 ada tangan dtg tutup mulut aku suh aku diam. Aku menangis sbb terkejut dan sakit. Rupanya abang plak nk buat onar. Dia suh aku diam kalau tak dia bunuh aku sambil acu pisau lipat kt muka aku. Aku merayu mintak jgn buat pape kat aku tp dia tak nak dengar. Maybe sbb aku menangis kuat sangat, abang aku tak jd rogol aku sbb masa tu jugaklah jiran kt sebelah rumah ketuk2 pintu tanya ada masalah ke. Malam tu aku takleh tido langsung. Aku sorok pisau dapur kt bawah bantaL aku just in case dia dtg lagi. Aku nekad dh apa jadi lantak. Tp nasib baik dia tak buat apa dh. Sampai skang ni aku tak bertegur ngan abang sbb aku benci dia.

Cerita ni tak berhenti kat situ je. Masa aku darjah 4 aku pernah kena culik masa otw ke sekolah. Sampai kt satu pondok, pakcik tu turunkan aku dr van hijau dia. Masa dia tgh terkial2 nak ikat aku, aku tendang perut dia sampai tersungkur. Aku pukul kepala dia dgn beg aku then aku lari keluar tanpa arah tuju. Tau2 je org kampung jumpa aku kt tepi reban ayam tah sapa punya. Ayah aku syak ada something wrong tp trauma tu dh cukup berat. Aku tak mampu nak cerita kat dia. Mesti dia malu ada anak macam aku kan? Mesti dia nak salahkan aku sebab tak jaga diri elok2 kan? Berbulan2 aku tak bercakap tp ayah aku sabar je bawak aku kesana sini layan aku mcm bidadari. Ayah sorang la lelaki yg takkan khianat aku. Aku yakin.

Citenye belum habis lagi. Masa kt cfs, aku keluar sorang diri pegi cari buku kt pesta buku kt pwtc tu. Masa balik singgah mcd jap. Sbab aku lalai, aku pegi toilet tinggalkan makanan aku camtu je. Lepas tu aku mnum air, aku rasa pening and tau2 je ada 2 org dtg papah aku. Sorang laki sorang perempuan. Aku antara dgr dgn tidak je time tu tp aku sempat dgr diorang kata ‘lauk free malam ni’ aku meronta tp tak kuat. Msa kt pintu keluar, aku randomly paut tangan tah sapa2 jer kat pintu tu and cakap ‘tolong cik. Saya tak kenal diorang ni. Tolong’. Bertempiaran dua ekor tu lari. Hari tu aku dibawa ke balai tp sbb aku tak nampak sapa dua ekor manusia tak guna tu, sia-sia juga la pegi buat report. Aku dihantar pulang ke mahallah. Cite ni tak pernah heboh sbb aku taknak bising

Sejak kisah2 pahit tu. Aku dah decide taknak nampak lemah dpn mata semua orang lagi dah. So aku mula jadi mcm jantan. Pakaian aku mcm lelaki tapi aku still bertudung. Kelakuan aku kasar . Sume gara2 tak nak nampak lemah dpan mata org. Walaupun tak pernah officially kena rogol tp sikit banyak pun effect tu kt masa depan jugak. Dara aku dh takde walaupun takda actual penetration. Tp apa yg diorg buat dh cukup tuk jahanamkan masa depan aku. Sume sbb kisah2 haram tak guna ni. Sume sbb manusia2 bangang ni. Sedihnya takdir hidup aku.

So nak dijadikan cerita, aku teruskan hidop aku macam biasa. first semester kt gombak, mak aku kata ada org masuk meminang. Rupanya abang yg first cabul aku tu. Dia personally contact aku mintak maaf and nk betulkan kesilapan dia taknak mereput dlm neraka dgn ajak aku kawen. Aku menangis masa tu and then i said to him, semoga kau mereput dlm neraka sampai bila2. Aku takkan maafkan kau. Dia pujuk mak aku tp aku ugut nk buat report polis sbb kacau family. Then he stopped.

Masa aku third year, kawan yg cabul aku berjemaah ngan abang dia tu contact aku nk mintak maaf sbb terlanjur perangai. Alasan contact balik pun sama jugak. Nak amik tanggungjawab tu ngan ajak aku kawen. Aku maki mak dia (ibu aku takda masa tu) sbb hal tu. Mak dia menangis mintak maaf jgn seksa lelaki tu sbb dia dh insaf. Tapi keras hati aku tu Tuhan je taw. Kau insaf? Abih aku? Takkan aku nk hidup ber abang sayang dgn org yg dah buat hidup aku huru hara??? Takkan aku nak cakap kt anak2 nanti ni bapak kau yg cabul mak masa kitorang kecik dulu. Pastu kami kawin. Lejen tak? Sweet tak? Takkan la kot?

Aku mula memberontak ngan ibu aku. Sbb ibu dh mula paksa aku kawen. Dia sangka ada org ikhlas, pakai kopiah jubah sume boleh didik aku yg langsung takde gaya ustaz pilihan ni. Memang aku tak completely cover aurat aku sbb aku dh tawar hati. Dulu masa sekolah pakai tudung labuh (sekolah agama) pun boleh kena. Apatah lagi pakai biasa2 camni so sama jgk la aku tak pakai make up. Elok2 muka macam helmet retak cam ni kang pakai makeup lagi la menarik perhatian lelaki. Baik la aku pakai biasa2 je. Pakai seluar jeans longgar ngan tshirt tudung selempang kiri kanan senang aku nak belasah orang sampai lumat. Sorry, ini realiti. Bila dh byk kali kena takkan la aku nak pakai dress liplap liplap kan.

Skang ni dah masuk final year, ibu mula bising sbb aku tak nampak jalan nak mendirikan rumahtangga lagi. Dah 3 pinangan aku tolak. Mengamuklah dia. Aku bagi alasan nak kerja dulu padahal aku takut kalau suatu hari nanti sume tu terbongkar. Macam tak je lelaki boleh terima aku seadanya. Takkan ada. Aku tak caye. Dalam ramai2 lelaki, ayah aku ttp paling best paling supportive. Dia kata takpa. Asal aku bahagia ja. Kalaulah boleh cerita kt ayah, agak2 dia nak ke bangga2 ada anak cam aku?

Abang aku? Agaknya kifarah kot, sbb dulu aku sumpah seranah dia mohon bukan2 setiap hari. Dia kawen ngan perempuan liar, bini kantoi curang ngan kawan dia, hidup tak dek berkat banyak hutang sana sini. masa dia mintak maaf ngan aku pun aku cakap tunggu kt akhirat. Dia manusia plg mengecewakan aku sbb dia abang sulung patutnya dia protect aku bukan merosakkan aku.

Pakcik tu pulak? Few years years years ago, dia kena strok. Ayah bawak family kitorang gi melawat. Pakcik tu takleh bercakap langsung tp tangan dia dok mcm nak gapai aku ja. Nak mintak ampun kot. Sorry again, I can never forgive him. Sorry.

Alangkah indahnya kalau hidup aku macam orang lain. Aku selalu tgk orang lain elok ja ada bf, kawan lelaki, abang2 yg penyayang at least nk gi mana2 ada yg teman and protect. Aku? Dah lama aku tak rasa selamat and selesa bila ngan lelaki camtu. Laki dtg dekat pun aku lari. Aku tak tau la bila nk menikah nanti camna. Hati aku dah lama mati. Dah letih berdoa. Dah penat berharap suh Tuhan lembutkan hati aku ni. Tp hari2 sama ja perasaan. Kalau aku kawin and punya anak perempuan, aku takut nasib sama jadi kat depa. Aku trauma. Aku perlukan bantuan. Tapi 17 tahun aku pendam so takda sapa tolong aku. Aku bangkit sendiri. Aku berlawan ngan pikiran aku sendiri. Aku marah diri sendiri. Setiap kali ada cerita camni keluar kt berita ka kt mana2, aku taktau nak salahkan sapa. Masa kawan aku cite dia kena rogol ngan sepupu dia sampai bapak dia buang dia dari family pun aku tak salahkan dia. Tak salahkan jantina ka apa. Tak boleh nak salahkan faktor pemakaian dia. Kita hidup di zaman fitnah. Apa pun boleh jadi. Takde sape yg kita boleh percaya. Betul2 percaya.

Takat tu je la konfes nye. Lega sket lps dah luah. Kalau ada yg pikir ini cerita tak logik, takpe maybe anda bernasib baik hidup clear takde dugaan berat camni. Tapi ingat sket ada lg manusia yg tak tertanggung dugaannya tau. Sebab apa? Tuhan kira dulu level kemampuan dia sebelum Dia uji hamba-Nya. :’)

Korang.. Aku tak mintak banyak. Nak mintak tlg doakan aku punya hidup normal macam org lain je. Aku nk jugak rasa aman. Selama aku hidup ni tak pernah sekalipun aku rasa bahagia. Aku jarang ketawa inikan pulak senyum. Aku lone ranger tak ramai kawan. Kawan yg paling byk dgr cita aku cuma doktor merangkap counselor aku ja. Bukannya aku dh jadi gila cuma kdg2 aku kena consult dia sbb aku ada masalah takde keyakinan diri. Tp dia tak pernah tau psl sume yg jd kat aku. Dia cuma tau aku ada trust issues ngan lelaki. Tu ja. Katanya sbb terlalu byk benda buruk yg jadi dlm hidup aku la aku ssh nk lembutkan hati. Tapi aku bersyukur sbb aku tak tersasar dr landasan agama and masih ada peluang tuk belajar kt uia ni. And kepada yg pernah menjadi mangsa cam aku, kita sume diuji je. Allah tau selama mana kita tak merelakan itu bukan salah kita. Semoga kita semua kuat. KREDIT IIUM.

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

The post Selepas 17 Tahun. Wanita Ini Dedah Senarai LELAKI Yang Pernah Cuba CABUL Dia Sejak Kecik !!! appeared first on BACA VIRAL.

“17 Tahun Simpan Rahsia DICABUL. Aku Trauma. Aku Bangkit Balik. Tapi Hati Aku MATI” !!!

$
0
0

“17 Tahun Simpan Rahsia DICABUL. Aku Trauma. Aku Bangkit Balik. Tapi Hati Aku MATI” !!! | Sejak baca confession psl kes cabul ni aku dah tak boleh fokus exam esok. Tak sangka kenangan buruk yg aku sangka aku dh lupa datang balik. Seharian aku Menangis kt bilik. Trauma tu Allah je tau. Dah 17 tahun aku pendam sorang2. Ni first and last aku confess publicly.

The post “17 Tahun Simpan Rahsia DICABUL. Aku Trauma. Aku Bangkit Balik. Tapi Hati Aku MATI” !!! appeared first on BACA VIRAL.

Kagum Dengan Jutawan Wanita Ini. Buat Perkara Jarang Orang Buat. Dia Buat…….

$
0
0

Kagum Dengan Jutawan Wanita Ini. Buat Perkara Jarang Orang Buat. Dia Buat……. | Di Malaysia ramai yang sudah menjadi jutawan berkat dengan usaha tersendiri. Kebelakangan ini ramai usahawan melayu bergelar jutawan dengan produk kosmetik dan barang kesihatan. Tak dinafikan kejayaan mereka wajar dipuji dan dicontohi kepada usahawan yang baru nak ‘up’.

1

Disamping mengecapi kejayaan di dunia, ramai kalangan daripada usahawan bergelar jutawan ini turut melakukan amal kebajikan untuk mengumpul ‘saham akhirat’. Bagi Dato Shareen Al Mashoor, jutawan cenderamata dan hadiah korporat, Beliau mempunyai cara tersendiri :-

Memilih untuk menaja tanpa balasan

Jika pertandingan nyayian pasti senang nak dapat sponsors, hadiah pulak bukan calang calang kereta sebiji atau wang RM 100ribu sudah pasti dalam tangan… manalah tak berkobar kobar semangat anak anak muda kita yang sememangnya nak kan kerja yang senang sahaja.. malah ibu bapa pun sangat memberi sokongan moral dan sanggup bergolok bergadai nak bawa anak ke uji bakat.

Pertandingan Hafazan Al Quran pulak jangan kan nak dapat hadiah hebat sebegitu nak masuk pun kena yuran rm10 sebab nak tanggung kos2 yang terlibat.. Sponsors pulak takde ROI (Return of Incestment) value, apatah lagi tiada stesen TV dan akhbar yang cover. Inilah masalah yang sering kami hadapi…

Mengadakan Pertandingan Hafazan Al-Quran

Tapi Allah sentiasa buka jalan tak pernah menghampakan harapan untuk membahagiakan anak anak anak bakal Al hafiz dan jalan kearah pemeliharaan dan meningkatkan sinar Al Quran ini…Alhamdulilah kali ini tiada yuran dikenakan kepada para peserta. Kalah menang semua bawa balik hadiah sebab nak menjadi suntikan semangat buat kawan kawan lain yang tidak masuk pertandingan kali ini..

Mencari Keuntungan Di Dunia dan Akhirat

2

Memang betul pemilihan pelaburan yang tepat sangat penting untuk memastikan ia beroleh keuntungan tapi ada pelaburan yang kita wajib buat dahulu pasti keuntungan datang dengan cara yang tak di duga. Keuntungan dunia akhirat…

Yakin dengan Janji Allah

Sebagai businessman bohonglah jika saya kata saya tak.pernah ada masalah kewangan..
ada pasang surut..yang takde sapa boleh bantu sebab melibat nilai besar jutaan ringgit..
tapi adaaa ja cara Allah hantar bantuan cara yang tak disangka sangka atau sangat sangat diharapkan…
dan saya yakin inilah berkat investment yang tak.nampak “return” nya tadi.
Allah ganti balik melimpah ruah sampai kdg kdg saya pun tertanya tanya ishh apalah ibadah atau kebaikan yg saya buat sampai dapat macam.ni sekali…
rupa rupanya mungkin bukan ibadah kita tapi keberkatan doa doa.mereka yang kita bahagiakan… InsyaAllah. YAKIN YAKIN YAKIN.
Sedekah/pemberian ikhlas itu pembuka pintu segala rezeki.
Maaflah jika ada yang tak suka tapi inilah cara saya yang marhain sahaja…

Semoga usaha Dato Shareen ini diberkati dan dilimpahi rezeki lebih banyak lagi serta dicontohi oleh usahawan usahawan yang lain.

Sumber : Sharifah Shareen Almashoor via Kaki Share..

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

The post Kagum Dengan Jutawan Wanita Ini. Buat Perkara Jarang Orang Buat. Dia Buat……. appeared first on BACA VIRAL.

Anak Orang Putih Menangis Dalam Flight. Apa Yang Ustazah Ni Buat Buat Mak Bapa Depa TERKEJUT !!!

$
0
0

Anak Orang Putih Menangis Dalam Flight. Apa Yang Ustazah Ni Buat Buat Mak Bapa Depa TERKEJUT !!! | Seperti yang diceritakan oleh FB Kak Hassanah (LINK). Semalam saya selamat mendarat pada pukul 11.36 pm di KLIA2. Selepas menuntut bagasi, kiranya saya ingin menulis di sini berkongsi satu kejadian yang memberi ibrah pada saya di dalam pesawat tapi apakan daya, bateri telah pun empty.

1

Seat 33K. Saya duduk di tepi tingkap kapal.
Kemudian dua seat di sebelah kosong. Usai beberapa minit,

“Sit here my boy. “

Seorang anak lelaki mat salleh tubuhnya kecil, duduk di sebelah tengah seat. Dan di hujung seat lagi ibunya. Kemudian di seat bahagian hadapan pula suaminya. Saya kira usia anak kecil itu dalam lingkungan 3 atau 4 tahun. Wallahualam. Orang masih lalu lalang masuk pesawat. Perbualan demi perbualan saya dengar dari si ibu dan si anak. Gelak tawanya, Masya Allah! Allahurabbi! Comel bak hang.

Selesai saja pramugari menunjukkan tips keselamatan sekiranya berlaku sebarang kecemasan, kapal mula bergerak dan bergerak. Anak kecil di sebelah saya tergelak riang. Sebab suka kapal bergerak. Dia ingat game agaknya haha.

” Mumy ! Dady ! We are flying ! “

Berulang kali dia sebut nak fly nak fly hahaha..

And finally ! Bila pengumuman dari depan mengatakan lampu akan dipadamkan. Kerna dah nak berlepas. Gelap!!! Seluruh gelap!!! Dari seat depan sehingga belakang sekali. Kanan dan kiri juga gelap! Semuanya gelap.

Habis menangis gila memberontak budak mat salleh di sebelah saya.

” No light inside. No light inside. ”
Wuwuwuwuwuwu…. sambil menangis kuat.

Pertama saya tergelak sebab terasa comel budak speaking b.i pastu membebel takda lampu hahaha… 😂 Tadi kemain fly bagai. Hilang lampu tahu pula takut.

Ketinggian semakin bertambah. Suara budak kecik tu makin kuat. Saya rasa siapa flight bersama saya semalam memang akan stress hahahaha. Semua orang intai-intai si ibu dan ayah budak tu.

Ibu memujuk tapi tak dapat. Si ayah pula memujuk. Masih sama. Menangis kuat gila. Sambil duk ulang perkataan no light inside ! No light inside ! No light inside ! Hahahaa. 😂

Tak tahu nak marah ke nak gelak.
Nak marah terasa comel pulak.
Nak gelak kasihan pulak. Tapi saya tetap pandang cermin ke tepi dan gelak senyap-senyap hahahahaha. Kemain tadi nak fly. Haaa ni nak fly nangis. Haaaa tahu takut ? Hahahahha. Ok saya tahu saya jahat. 😂
Lalalalala..

Bila kapal sudah sedikit stabil berada di atas. Si ayah membawa budak kecik tu ke toilet. Lampu masih tak dibuka. Fuhhhhh !!! You know ? Budak tu jerit dari seat depan sampailah masuk toilet masih terngiang-ngiang teriakannya.

No light inside !
No light inside !
No light inside !

Stress juga penumpang lain hahaha. Saya banyak-banyakkan istigfar sepanjang fly. Risau jadi stress. Tapi just cool je. Dah lah sebelah aku. Hahha. Eh aku pulak. 😂

After keluar toilet budak tu masih nangis.
Kini giliran si ibu pulak memujuk. Saya cuba bantu si ibu. Saya pasangkan lampu yang selalu digunakan untuk ‘reading’ di bahagian atas seat. Saya pasang 3 butang. Dan yang bercahaya hanyalah di seat saya, seat budak kecik omey tu dan ibunya. Again, teriakannya dah makin kuat. Pehhhhh! Saya rasa telinga saya ada tanda-tanda nak pekak dah hahahaha. Wallahi tak tipu. Sangat kuat. 😂 (kesian pilot yang bawak kapal semalam entah2 tak fokus).

Dia tetap taknak lampu reading. Dia nak semua light dinyalakan. Hahaha. Adoyyyy.. Anyway, Saya kagum dengan pasangan suami isteri mat salleh tu, mereka tidak tengking-tengking malah sentiasa pujuk lembut. Masya Allah..

And lastly, saya teringat kejadian yang hampir sama. Ketika saya menaiki tren dari kL sentral hendak ke Batu Caves. Ibu di seat sebelah bersama anak kecik. Anak kecik menangis. Saya try pujuk dan dukung anak kecik itu. Ubun-ubunnya saya selawat ke atas baginda. Saya niatkan apa yang patut diniatkan. Saya tiup 3 kali. Dan sungguh ibu itu terkejut melihat saya. Anaknya tidak lagi menangis. Subhanallah.

Tapi apa yang berlaku dalam flight semalam, mereka bukan islam. Saya tak tahu nak buat apa, nak baca apa, nak pujuk bagaimana. Nak bantu bagaimana. Kesian penumpang lain berasa terganggu. Dengan rasa tawakal. Saya meminta izin kepada si ibu.

” Let me try. “

Agak serba salah si ibu. Saya peluk budak mat salleh tu. Saya dakap sungguh-sungguh. Seolah memeluk adik kandung sendiri. Dia masih menangis. Tapi teriakannya sudah tidak ada. Sempat saya bermonolog dalam hati,

” Ya Allah. Ya Rahman. Engkau Yang Maha memegang hati-hati manusia. Ya Allah. Aku tak tahu syafaat nabi sampai ke tak ke atas anak ini. Ya Allah aku tak tahu aku nak buat apa. Bantu aku ya Allah. “

Dalam keadaan tawakal. Saya lafazkan dengan penuh sungguh. Allahumma Solli ala sayyidina muhammad. Allahumma solli ala sayyidina muhammad. Allahumma solli ala sayyidina muhammad. Berbuih-buih mulut saya selawat ke atas ubun-ubunnya. Sambil saya selawat sambil saya usap. Kemudian sesekali saya tiupkan.

Hampir 5 minit saya bacakan. kemudian terlena anak kecil itu di dada saya. Masya Allah. Ya Allah. Maha Besar Allah..Subhanallah.

Terkejut mat salleh tu pandang saya. Si ayah terus berdiri di seat hadapan. Sebab hairan sudah hilang suara tangisan. Bertambah pelik lelaki mat salleh tu sebab anak kecik tu terlelap tempat saya.

” Wooooo amazing. Oh my god!!! “

Berulang-ulang si ibu lafaz oh my god !
Hahaha.. pengalaman yang takkan saya lupakan.

Ya Mujib. Sungguhlah Engkau Yang Memegang hati-hati manusia Ya Allah. Kami tak berdaya, Engkau Yang Maha berdaya. Engkau Maha Esa. Engkau Maha Tunggal. Dan Engkau Ya Allah Maha mengetahui apa yang kami tidak ketahui.

Bismillahirahmannirahim..

Alhamdulillahi robbil’ alamin, wassolatu wassalamu’ ala khotimunnabiyyin walmursalin, sayyidina muhammad wa ala’ alihi wasohbihi wattaabi’in wa man tabi’ahum bi ihsani ila yaumiddin. Amma ba’d.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi kerana Allah. Sentiasalah amalkan selawat ke ubun-ubun anak kecil. Ini apa yang ibu ayah saya amalkan kepada saya selaku anak sulung sampailah adik bongsu kami.

Sentiasalah beringat, setiap kalimah yang dianjurkan dalam islam itu sendiri pasti ada fungsinya tersendiri. Yang penting adalah yakin kepada Allah SWT. Insya Allah.

Wallahualam.

Share jika bermanfaat. KREDIT FB Kak Hassanah (LINK)

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

The post Anak Orang Putih Menangis Dalam Flight. Apa Yang Ustazah Ni Buat Buat Mak Bapa Depa TERKEJUT !!! appeared first on BACA VIRAL.

Dituduh Curi Tulisan Ustaz. Ni Reply Kak Hassanah Yang Buat Ramai TERHARU !!!

$
0
0

Dituduh Curi Tulisan Ustaz. Ni Reply Kak Hassanah Yang Buat Ramai TERHARU !!! | Seperti yang diceritakan oleh FB Kak Hassanah (LINK). Rentetan dengan kisah viral dalam artikel ni: Anak Orang Putih Menangis Dalam Flight. Apa Yang Ustazah Ni Buat Buat Mak Bapa Depa TERKEJUT !!! (LINK). Allahumma solli ala sayyidina muhammad.
Allahumma solli ala sayyidina muhammad.
Allahumma solli ala sayyidina muhammad.

Dengan lafaz bismillah, bacalah dengan intonasi yang tenang.

1

1. Post saya mengenai dalam flight semalam di up pada pukul 7 pm something. Kemudian page UAK di up pada pukul 8 pm something. Jadi saya berharap, agar followers ustaz yang main terjah tuduh saya mencuri, cuba selidiki dulu elok-elok.

2. Di wall UAK, tulisan di bawah ada tulis hashtag di kongsi dari siapa. Inilah orang kita yang selalu membuat kesimpulan tanpa membaca sehabisnya. Hehe.

3. Ada yang berbalah kata ini tulisan ustaz. Ini tulisan kak hassanah. Aku perati je korang. Hahahaha. 😂 Ikutlah imagine cara ustaz berinteraksi pun tak kisah, janji isinya sampai.

4. Ada juga yang kata kak ni buat syirik sebab meniup selawat dan tak berharap pada Allah. Tapi berharap pada selawat. Kalau macam tu, doctor yang ubatkan kita buat syirik lah ye. Sebab kita tak berharap pada Allah. Kita berharap pada doctor. Hahaha 😂

5. Ada juga yang tanya betul ke kisah ni ? Ke sekadar story ? Anda boleh scroll komen di wall UAK ada seorang penumpang nama faten apa tah ada komen. Dia juga bersama dengan saya flight semalam. Dia ada komen, ada budak menangis. And itulah budak kecik mat salleh tu. Lagipun siapa yang lama ikuti tulisan saya, saya jenis menulis kisah benar means yang berlaku di sekeliling. Hehe.

2

6. Ada juga yang panas jalan cerita tak logik. Sebab lampu kalau dipadamkan means orang tak boleh masuk toilet. Macam saya ceritakan, si ayah ke toilet semasa kapal sudah sedikit stabil. Means belum stabil sepenuhnya. Pramugari ada juga yang melihat but depa go on ja. Sebab budak kecik tu meragam kuat.

7. Ada juga yang kata kenapa tak pasang lampu baca? Ya Allah. Hehe. Cuba baca molek saya ada bantu si ibu nyalakan lampu reading.

8. Semalam jam 2 pagi hp saya masuk satu mesej. Dari admin Ustaz sendiri, saya sendiri tak tahu dari mana nombor saya diperolehi.
” Salam. Tolong report pd fb utk terminate page tu. Terlalu banyak page yg tlg diujudkan oleh org yg x bertggjwb bagi tujuan menjatuhkan maruah ustaz. Fb ustaz hanya satu iaitu ustaz abdullah khairi original.”

Saya tergamam, patutlah selama ni saya tengok terlalu banyak fb alim ulamak yang bukan dikendalikan oleh mereka. Tapi orang awam terbawa-bawa satu sifat melulu iaitu ‘share’ tanpa selidik. Ia suatu yang bahaya sebenarnya apatah lagi jika melibatkan sesuatu hukum hakam agama. Contoh saya pernah baca satu page ustaz Azhar Idrus yang viral. Mengenai haram bercakap atau membuka mulut ketika azan. Sebenarnya tidak selagi ia tidak menganggu para jemaah. Apapun adabnya kenalah senyap. Tapi admin yang lead page UAK semalam saya tak salahkan pun. Jadi kalian janganlah salahkan page tu. Wallahualam.

9. Sebagai seorang penulis. Saya amat menitikberatkan untuk sesiapa sahaja agar kita beradab pada mana-mana ilmu yang kita ambil. Sebab ia melibatkan maruah penulis jika asalnya hasil kita tapi kita pulak yang dituduh. Kadang kita sibuk berdebat dosa pahala riak takbur tapi kita tidak istigfar dan muhasabah bagaimana adab kita kepada seorang murabbi. Begitu juga adab pembaca kepada penulis.

10. Di kesempatan itu, nak wish selamat menunaikan ibadah puasa yang tak lama lagi. Salam ukhwah. Semoga Allah merahmati kalian. KREDIT FB Kak Hassanah (LINK)

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

The post Dituduh Curi Tulisan Ustaz. Ni Reply Kak Hassanah Yang Buat Ramai TERHARU !!! appeared first on BACA VIRAL.

5 Tahun Selepas Lama Menghilang Diri, Anis Hubungi Aku Kembali Sebelum….

$
0
0

5 Tahun Selepas Lama Menghilang Diri, Anis Hubungi Aku Kembali Sebelum…. | Kebanyakan orang mempunyai seseorang selain ahli keluarga yang boleh dijadikan tempat mengadu, tak kira lelaki atau perempuan. Aku juga ada, atau boleh dikatakan pernah ada suatu ketika dulu. Aku namakan sahabat baik aku sebagai Anis. Pada pandangan aku, Anis sangat perfect. Kami bersahabat baik sejak bertemu di sekolah berasrama penuh satu ketika dulu. Dia bukan sahaja salah seorang top student dalam batch kami, tapi juga sangat cantik, lemah-lembut, baik. Persahabatan kami berterusan sehingga ke peringkat A-level walaupun aku dan dia melakukan A-level di tempat berbeza. Walaupun busy study, susah senang kami berkongsi, sambil saling bagi kata-kata perangsang.

1

Sehinggalah pada suatu hari, di saat kami masing2 bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dia tiba2 menghilang. Puas aku cuba menjejaki Anis, tapi tak dapat. Segala medium perhubungan aku cuba untuk hubungi dia, daripada emel, telefon dsb tetapi tak berbalas dan rejected. Aku kecewa. Sangat kecewa sebab pada pendapat aku begitu mudah Anis buang aku dalam kehidupannya. Tapi sebenarnya aku masih sayang dan rindukannya. Sejak itu, aku meneruskan hidup aku seperti biasa. Aku mendapat ramai kawan baik, sahabat yang baru semasa melakukan ijazah. Aku juga masih lagi berhubung dengan sahabat2 baik aku yang lama selain Anis.

Setelah habis degree, aku pulang ke Malaysia dan memiliki kerjaya yang hebat. Suatu hari, ada nombor tak dikenali menyapa aku. Aku sangat gembira sebab pemilik nombor itu tak lain tak bukan adalah sahabat yang aku tidak pernah lupa, Anis. Mana taknya, dah hampir 7 tahun tanpa berita. Kami hanya berbalas mesej sebab masing2 terlalu sibuk untuk berbual. Seperti aku, Anis sekarang ada karier yang tak kurang hebatnya. Anis minta maaf atas segala yang berlaku, dia ingin jelaskan sebab dia menghilangkan diri selama ni. Tapi, disebabkan kesibukan, kami tiada masa berjumpa. Aku juga sengaja tak bertanya tentang hal ini sebab malas dan busy dengan kerjaya. Perasaan aku padanya juga tidaklah se’intimate’ dulu, jadi aku tak kisah sgt. Mungkin dia faham, dan dia memang tak sebut lagi untuk bercerita sebabnya pada aku.

Kami berhubung secara berkala, sekadar bertanya khabar melalui telefon. Tak dapat berjumpa disebabkan jarak dan kesibukan. Dia di KL, aku pula berkhidmat di Pantai Timur. Suatu hari, aku cuba untuk contact Anis ingin menjemputnya ke majlis perkahwinan aku. Tapi, nombor Anis tak dapat aku hubungi. Puas aku cuba hubunginya, tapi tak dapat. Aku berasa marah kerana dia berani buat perkara yang sama sekali lagi. Aku menjadi kecewa dan benci. Sampailah satu hari aku menghadiri reunion bersama rakan-rakan sekolah dulu. Semua orang tertanya2 tentang Anis kerana sekian lama dia menghilang. Aku dapat tahu Anis tidak langsung menghubungi rakan2 yang lain sejak dia mula2 menghilang ketika degree dulu. Aku terserempak dengan seorang kawan lama, aku namakan dia sebagai Lia. Lia juga berkawan rapat dengan Anis, tapi aku tak rapat dengan Lia. Ketika berbual, aku dapat tahu, rupa-rupanya selain aku, Anis juga hubungi Lia sebelum ini. Tiba2 di akhir perbualan, Lia berkata, “Semoga dia tenang di sana”.

Aku bertanya pada Lia tentang Anis. Rupanya Anis dah pergi buat selamanya. Dia menghilang selama ini sebab dia tengah mencari kekuatan untuk bertarung dengan kanser yang dihadapinya. Dia kembali menghubungi kami dengan harapan untuk berkongsi kedukaannya, masalahnya dan untuk berkongsi kegembiraan bahawa dia telah berjaya bangkit daripada kekusutan. Tapi, aku pentingkan diri sendiri. Aku malas ambil tahu tentang dirinya. Aku gagal sebagai seorang sahabat, aku gagal berkongsi saat2 paling duka dan gembira dalam hidup seorang yang aku pernah sayangi dulu. Ya, aku akui aku sudah kurang menganggap dia sebagai seorang yang penting sejak ramai sahabat lain hadir dalam hidup aku. Aku sedih, menyesal. Aku juga cemburu kerana dalam fikiran aku, mungkin di akhir hayatnya, Anis menganggap hanya Lia seorang sahaja adalah sahabat sejatinya.

Tujuan aku ceritakan benda ni kerana aku tak mahu sesiapa dalam kalangan pembaca menyesal mcm aku. Kalau korang ada sahabat, hargailah. Tidak semestinya kalau korang sudah stop berhubung itu bermakna mereka bukan sahabat korang lagi. Dalam kisah aku ini, sudah dua tahun Anis pergi, tapi aku masih menyesal. Satu lagi sebabnya kerana hari ini birthday aku, yang setiap tahun aku sambut bersamanya kerana birthday kami dalam minggu yang sama. Aku tahu, aku memang tak layak digelar sahabat. Anis pon mungkin tidak menganggap aku sedemikian dalam detik2 terakhir hidupnya. – Miss A via IIUM.

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

The post 5 Tahun Selepas Lama Menghilang Diri, Anis Hubungi Aku Kembali Sebelum…. appeared first on BACA VIRAL.

Anis BERDENDAM Dengan Ayahnya… Lihat Apa Yang Berlaku Selepas 21 Tahun !!!

$
0
0

Anis BERDENDAM Dengan Ayahnya… Lihat Apa Yang Berlaku Selepas 21 Tahun !!! | Rahmat Ramadhan, Wanita Ini Berdendam 21 Tahun Dengan Ayahnya Tapi Akhirnya… Wanita Ini Berdendam 21 Tahun Dengan Ayah, Lihat Apa Berlaku Selepas Itu | Benarlah, Ramadhan bukan sahaja bulan keinsafan malah waktu terbaik untuk menyatukan semula ikatan kekeluargaan yang pernah renggang akibat sengketa dan salah faham.

1

Ramadhan tahun ini membawa rahmat yang besar buat Anis kerana berjaya memulihkan hubungan dengan darah dagingnya sendiri setelah 21 tahun menyimpan dendam terhadap insan bergelar ‘ayah’. Bertahun-tahun marah dan makan hati, apa yang mendorong Anis untuk meminta maaf kepada bapanya? Apa pula punca sebenar persengketaan mereka?

Semoga perkongsian ini memberi iktibar kepada kita semua agar menjadi hamba Allah yang sentiasa redha dan memaafkan, terutamanya dengan ibu bapa kerana disitulah letaknya keberkatan buat kita.

Dendam Terlerai…

Alhmdulillah semalam tanggal 5 Jun, saya berdamai dan memohon ampun pada ayahanda saya, setelah sekian lama berdendam, makan hati dengan beliau selama 21 tahun… Aku pendosa, ampunkan aku Ya Allah… Rasa diri ini tak tenang jika tidak berdamai…

Kesan penceraian mereka, hidup aku tak tenang sebab menanggung rindu dengan abah… Banyak kali aku lari dari rumah masa tahun 2, naik bas sorang diri ke Pasir Mas Alhamdulillah nasib tak ada apa-apa time tu… Ye, memang kerja gila, sebab rindukan abah… Semalam di Mydin Mall Kubang Krian, aku tak tahan, aku luahkan semua seksa jiwa 21 taun pada abah… Abah cakap luahlah, lepaskan semua beban tu… Dia mengaku salah, dia redha… Aku tak mampu tahan air mata, peluk abah sekuat hati, lembik badan aku…

Hadiah Hari Lahir Paling Bermakna!

Aku rindu pelukan abah, rindukan kehangatan tangan dia masa naik motor, tangan inilah yang tutup mata aku masa naik motor, takut masuk habuk… Allahurobbi, ayahku sakit jantung… Dia pun macam nak nyanyuk, kejap ingat kejap lupa… Allah, Kau beri peluang pada aku berbakti pada ayah… Mama, Nabi dah cakap, ibu, ibu, ibu… Baru ayah… Anis nak jaga kebajikan mama dan abah… Anis akan berlaku adil… Mama tetap keutamaan Anis… Tapi dalam badan Anis, mengalir darah abah… Anis pendam semua ni sampai sekarang… Berapa kali mimpikan abah, tanggung rindu sampai sakit dada, Anis tak beritahu mama sebab tak nak mama kecik hati… Tq mama izinkan Anis jumpa abah…

Abah sayangkan mama lagi katanya, tapi takdir Allah, jodoh mama dan abah setakat tu… Yela mama dah makan hati tak nak dengan abah… Abah dah beritahu, ye redha… Kalaulah dia boleh putar masa betulkan keadaan… Mak tiri dan adik-adik tiri aku pun ada pakat tunduk dengar… Aku luahkan semua pada mak tiri, aku cakap aku benci dia selama ni, dia punca keluarga merana selama ni, dia akur dan dengar je, dia ngaku salahnya…

Cuma dia kata baik-baik dengan abah, abah sakit… Kalau abah dah takde pada siapa dia nak inform anak-anak abah bini pertama… Aku nak bersalam dgn adik tiri aku pun lambat-lambat, janggal dah besar kot nak masuk poli… Mana aku biasa bersalam dengan lelaki aku tak kenal… Kami 8 beradik, campur diorang 4 beradik, total 12 beradik lah kami, satu bapa lain mak… Yang penting aku anak abah… Inilah hadiah hari lahir paling bermakna dalam hidup saya… Saya nak abah dan mama je… Rezeki Ramadhanku… Syukur Alhmdulillah terima kasih Ya allah… Sujud syukur hamba-Mu yang hina ni, aku pendosa… Ampunkan aku…

Sumber: Anis Kawasaki

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

The post Anis BERDENDAM Dengan Ayahnya… Lihat Apa Yang Berlaku Selepas 21 Tahun !!! appeared first on BACA VIRAL.

3x Tukar Lampin Pakai Buang Suami Waktu Malam. Ini KATA Suami Kepada Wanita Ini Yang Buat Ramai SAYU !!!

$
0
0

3x Tukar Lampin Pakai Buang Suami Waktu Malam. Ini KATA Suami Kepada Wanita Ini Yang Buat Ramai SAYU !!! | Seperti yang diceritkan oleh FB Raudzah Arippin (LINK). Jika ditanya, apakah antara perkara yang tidak boleh saya lupakan sepanjang menjaga suami yang sakit ini?

1

Saya kongsikan satu cerita.

Waktu itu perut suami saya meragam. Pagi itu sahaja sudah 2 kali dia buang air besar, dan setiap kali itu juga saya menukar lampin pakai buangnya.

Dan masuk kali ke-3, dia memanggil saya.

“Awak, saya buang air besar lagi. Sorry ya. Sorry. Menyusahkan awak.” Katanya dalam sebak dan rasa bersalah.

“Tak apa je lah.. Saya tak kisah pun. Janganlah sedih..” Pujuk saya.

Lalu dalam kesedihan itu, dia mengangkat tangan kanannya dan berdoa,

“Ya Allah, ampunilah isteriku. Ampunkan dosa-dosa isteriku. Kurniakanlah isteriku syurgaMu tanpa hisab Ya Allah..”. KREDIT FB Raudzah Arippin (LINK)

Komen Di FB

2
3

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

The post 3x Tukar Lampin Pakai Buang Suami Waktu Malam. Ini KATA Suami Kepada Wanita Ini Yang Buat Ramai SAYU !!! appeared first on BACA VIRAL.

Ketika Saya Kerja TESCO, Orang Kampung Termasuk Keluarga Hina Saya Sehinggalah….

$
0
0

Ketika Saya Kerja TESCO, Orang Kampung Termasuk Keluarga Hina Saya Sehinggalah…. | Hari ini sy nak share cerita kehidupan sy dan bukti bahawa perancangan Allah adalah yg super duper terbaik. sy ada dua situasi utk diceritakan. first, soal jodoh. second, soal rezeki.

1

1. Jodoh

Dulu masa masih student, sy ada becinta bagai nak rak dgn sorg mamat ni. da berjanji sehidup semati. lautan api sanggup kami renangi supaya hubungan kami ni di restui kedua-dua family. sbb kami ni berasal dari dua negeri yg berlainan yg mempunyai adat resam dan budaya yg juga berlainan. walaupun da berjanji gitu gini, dia tinggalkn sy juga without valid reason. masa tu rasa mcm nak mati. rasa mcm terumbang ambing. bila ingat balik, rasa macam how bodoh nya aku dulu. gitu2 la cerita kekeciwaan itu.

Masa tu sy fkir, kenapa Allah takdir kan hidup sy mcm ni? kenapa kami tak dapat bersama? dan macam-macam lagi persoalan sy mempersoalkn takdir Allah (Nauzubillah).

Selepas lebih kurang setahun, sy berkawan rapat dgn seorang lelaki which is he is my husband now. dia bukan lelaki idaman sy. malah banyak sikap dan sifatnya yg bertentangan dgn wishlist sy. kecuali 2, dia tak merokok dan dia sembahyang 5 waktu. kawan mula2, lepas tu kami tukar hubungan kpd tunang dan kahwin. sebelum tunang dan kahwin, kami bercinta about 3 years.

Setelah hidup dengan dia selama bertahun2 ni, baru sy nampak betapa hikmahnya Allah tidak menjadikan hubungan sy dulu dengan lelaki pertama itu hingga ke jinjang pelamin. suami sy ini sangat2 sabar dgn karenah gila sy ni. bukan tu saja, dia juga sangat bersabar dgn karenah keluarga sy yg banyak kali menyusahkan dia. dia sangat memahami. kelakar. nakal. handsome. ahlong sy. hehehe. banyak lagi la yg terbaik pada dia. sy tak rasa, lelaki dulu tu boleh jadi sesabar dia dalam rumah tangga. Jangan-jangan setahun perkahwinan, dia dah ceraikan sy agaknya.

Betapa Allah sygkan sy. Dia sediakn sy masa depan yang baik dengan lelaki yang tidak perfect tapi melengkapi kehidupan sy perfectly.

2. Rezeki

Setelah habis belajar, sy tidak terus dapat kerja tetap. sy bekerja di mana-mana sahaja asalkan mendapat rezeki yg halal. dan sy juga pernah bekerja di TESCO semata-mata utk menampung keperluan harian. masa tu, orang-orang kampung terutamanya memandang serong pd sy. kata mereka, belajar tinggi. last2 keje kt Tesco. sy abaikan kata-kata org. tapi yang paling sakit hati, bila saudara kandung sendiri menghina, mengkeji sy kerana sy tiada kerja yg tetap, tidak berharta. siap halau sy keluar dari rumah mak sbb katanya sy tak layak duduk dalam rumah tu kerana sy jobless and tidak berkereta. sy menangis sungguh-sungguh. sy betul2 terluka masa tu. Alhamdulillah, Allah ubati hati sy. lepas sebulan kejadian penghinaan itu, sy dapat tawaran kerja kerajaan sbg penolong pengarah (boleh google utk gred seorang penolong pengarah).

Kehidupan sy sekarang jauh lebih baik dari orang-orang yang pernah menghina sy dlu. sy da ada rumah sendiri, ada kereta sendiri, ada suami yg sangat2 sy sayangi dan yang paling penting, sy dapat sumbangkan sedikit kepada parents sy.

Kadang-kadang sy memandu sendiri, menatap langit. sy ingat setiap nikmat yg telah Allah berikan despite perangai sy pada Dia selama ini. betapa perancangan Allah yg terhebat. yang terbaik. yang tercantik. dan sy mula dari itu, sy sentiasa bersangka baik dengan-Nya, yakin dgn perancangan-Nya walaupun adakalanya ada masanya sy terluka, terkecewa, sakit dan sebagainya, sy tetap akan bersangka baik pada Allah.

Sebab itu kawan-kawan, apabila terjadi sesuatu pada kalian, jgn terus melatah. muhasabah diri. kenang kembali segala nikmat yg Allah berikan. Allah tidak akan menyusahkan hamba-Nya. Tidak sesekali. tiap apa yg terjadi, pasti tersembunyi nikmat dan hikmah. sabar dan tabah menunggu reward dari Nya.

Semoga kita beroleh keberkatan di bulan mulia. Amin.

Assalamualaikum dan salam ramadhan. – bawang putih via IIUM.

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

The post Ketika Saya Kerja TESCO, Orang Kampung Termasuk Keluarga Hina Saya Sehinggalah…. appeared first on BACA VIRAL.

Viewing all 78 articles
Browse latest View live